Pages - Menu

Showing posts with label Seni Bela Diri. Show all posts
Showing posts with label Seni Bela Diri. Show all posts

29.11.10

Buat Kaum Hawa,Penting Belajar Seni Bela Diri Zaman Sekarang.


Kecik2 dah belajar Wushu..



Macam ni mamat bonzer pun boleh kena pusing..


('',)


Salam untuk semua, syukur atas nikmat-NYA ('',)

Terfikir seketika tadi untuk dikongsi dengan sahabat semua. Setiap hari kalau lepak2 baca surat khabar khasnya Metro, yang pasti isu jenayah dalam kalangan wanita. Kes dera, kes rogol, kes cabul, kes ragut, rompak, bunuh dan macam2 lagi lah. Dah macam nak muntah baca semua ni, hidangan setiap pagi dengan berita yang kurang menyenangkan hati. Kita mampu sedih dan bersimpati. Nak ubah semua ni? Susah. Itu jawapan paling tepat tapi tak mustahil sebenarnya..tukar pemerintah.noktah! 

Dari sudut politik, rakyat perlu bertindak. Dalam institusi keluarga mak ayah berperanan mengawal tingkah laku anak gadis mereka dari segi pakaian dan sebagainya dan rakan2 perlu sentiasa nasihat menasihati. Agama ini nasihat. Untuk diri sendiri pula bagaimana? Saya cadangkan anak-anak gadis perlu  mempelajari seni bela diri sebagai benteng pertahanan sekiranya berlaku perkara2 yang sumbang ni. Selain keluar membaca doa memohon keselamatan, asas pertahanan fizikal juga perlu diterapkan. (Dunia akhir zaman dah...kejahatan merata dan bersepah-sepah.)

Memang kita minta jauh dari semua ni, tapi padah tidak mengenal siapa dan di mana kan. Siapa saja boleh jadi mangsa. Bukan untuk ditakut2kan tapi sebagai langkah persediaan.  Siapa yang dah berkecimpung dalam seni bela diri tahniah diucapkan! Yang belum, mungkin anda boleh cuba sesuatu yang baru, demi kebaikan diri. Banyak seni bela diri di Malaysia ni, antaranya Seni Silat, Taekwondo, Karate, Judo, Muay Thai( cam xsesuai pula utk perempuan.hehe) dan Wushu. Dari setiap jenis tu banyak lagi pecahan2 (mazhab) dalam seni bela diri itu sendiri. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...