Salam untuk semua, moga dirahmati
Alhamdulillah,
umat Islam bakal meraikan tahun baharu hijrah 1434H dengan rasa syukur
atas segala nikmat yang dikecapi selama ini. Aku dengan rendah diri
menyucapkan Salam Maal Hijrah 1434 buat sahabat2 yang dihormati dan
disayangi sekalian, moga tahun baharu yang menjelang bakal membawa
sinar2 islami yang lebih baik dalam kehidupan kita dan keluarga,
insyaAllah.
Perjalanan
Rasulullah yang ditemani Sayyidina Abu Bakar Assidiq ke Madinah,
seterusnya mempersaudarakan umat Islam (Kaum Ansar dan Muhajirin)
memperlihatkan keutuhan perpaduan dan ukhwah mereka tertegak atas nama
Islam…hebat…kagum! Sanggup mengorbankan apa sahaja yang ada…sehingga
menawarkan untuk menceraikan isteri utk saudara seagama…huh!