Pages - Menu

Showing posts with label Sambutan Tahun Baharu 2013. Show all posts
Showing posts with label Sambutan Tahun Baharu 2013. Show all posts

2.1.13

VIDEO Sambutan Tahun Baru BUKIT BINTANG Tak Bertamadun Ala MONKEY!



Salam untuk semua,

Jom tengok sambutan Tahun Baru di Bukit Bintang...hebat anak2 muda kita...aku percaya dalam tu banyak Melayu-Islam...versi nama Islam. Hati wallahua'lam. Paling TOP aksi anak muda naik atas sebuah kereta MyV lompat siap kemek bumbung kereta... Kalau kereta aku dikemek begini, kemek doh kepalo mamat ni...

Cukup semua di atas menggambarkan Betapa Seronoknya rakyat kita merdeka...bebas! Ni tanda negara maju bro...! Geleng kepala aku tengok semua ni...hampa rasa apa aku tak tau...apa pun aku gembira malam sambutan Tahun Baru 2013 aku di Dataran Shah Alam bersama UAI, malam tu juga anak muda adalah majoriti...alhamdulillah. Kes di atas? siapa peduli, pihak berkuasa masih bagi lampu hijau sambutan ala-ala monkey!

Kena kembali kepada Islam, tiada lagi cara terbaik menyelesaikan konflik moral dan akhlak anak2 bangsa Malaysia. Moga mereka diberikan hidayah dan taufik~
 

31.12.12

Sambutan Ambang Tahun Baharu 2013 Dataran Kemerdekaan Shah Alam (Gambar Menarik)


Salam untuk semua, moga dirahmati

Alhamdulillah, 2013 pintu tahun baru sudah dibuka...bukan dengan kehendak siapa tetapi tetap yang semakin tua akan merasainya. Sambutan Ambang Tahun Baru 2013, aku, adik aku dan sahabat2 lain sempat sertai Sambutan Ambang 13 anjuran Kerajaan Negeri Selangor. Difahamkan jumlah kehadiran malam tu 120K, pergggh! kalau muatkan Stadium Bukit Jalil ni ngam2 penuh tempat duduk dan padang. Aku balik malam lepas program tu memang jalan sesak, itu cilok dengan motor ja cepat sikit...kalau yang kereta silap-silap 4 pagi baru sampai rumah.

Tahniah! Program yang hebat, warna warni pengisian ilmu dan hiburan yang dekat dengan jiwa anak2 muda terutamanya. Jom pakat usha2 sekejap gambar yang aku sempat snap kat bawah...maaflah kalau ada gambar kualiti rendah, aku guna lens cap ayam saja...tak mampu nak bagi impak sangat. Layan...

30.12.12

Sambutan Tahun Baharu 2013 Anjuran PR vs BN | Mana OK?

Salam untuk semua, moga dirahmati

Sambutan Tahun Baharu 2013! Aku teringat teks khutbah Jumaat lepas, tentang sambutan tahun baru. Aku rasa teks khutbah ni dikeluarkan oleh Jakim/MAIWP sebab sekitar KL khutbah dikawal ketat oleh badan agama. Jelas dan terang khutbah tentang sambutan baru menjelaskan tatacara sambutan mengikut lunas Islam.

Antara yang aku masih ingat kandungannya:
1. Tiada campur laki perempuan secara bebas dalam sambutan
2. Tiada hiburan seperti nyanyian yang memuja kekasih dan wanita
3. Tiada hiburan dan nyanyian yang menyekutukan Allah dan melalaikan.
4. Tidak menyimpang dari budaya dan syariat Islam.

Aku rasa badan agama sendiri sedar bahawa setiap kali datang sahaja sambutan Tahun Baharu mesti bercanggah dengan syariat Islam. Tetapi tak cukup sebenarnya dengan hanya menyampaikan dalam khutbah tetapi pelaksanaan dan tindakan pihak berwajib menghalang atau mengawal ketat pelaksanaan program tidak berlaku.

Jangan cukup 9 bulan kemudian, versi anak tanpa status dan ayah yang sah taraf muncul ke dunia. Ketika itu, siapa sahaja yang bersubahat akan tersisa sahamnya sama di akhirat. Na'uzubillah!

Sambutan Tahun Baru 2013 anjuran Kerajaan Negeri Selangor


Sambutan Tahun Baru 2013 anjuran siapa...?


*Tepuk dada kuat-kuat, tanya iman! Anda pilih mana?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...