Dari Saiyiditina Aisyah R.A "Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang". Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu. Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja. Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.
Rasulullah (shalallahu 'alaihi wasallam) bertanya pada Fatimah Az-Zahra ('alaihisallam): " Apakah yang terbaik bagi wanita? " Beliau menjawab: " Iaitu, hendaknya ia tidak melihat kepada lelaki lain dan tidak dilihat lelaki lain " [Bayt Al-Ahzan: Halaman 22]
Azhan: Begitu indah kata2 Rasulullah untuk kaum hawa yang solehah. Mulianya kerana takwa bukan kerana rupa paras, harta dan keturunan.
