Salam untuk semua, moga
dirahmati-NYA =)
Sekian lama juga aku
berhenti menulis dengan aktif, lebih kurang 3 bulan lepas memandang kemudahan
talian internet dan lain2 masih kurang membantu. Sudah lama tidak menulis
bukanlah seperti memeram idea untuk diletupkan sebaliknya terasa pula “kosong”
perkara yang ingin disampaikan…insyaAllah kembali mencari mood menulis
perlahan2…
Sebagai permulaan, aku
ingin berkongsi rahsia mendidik anak ke arah generasi yang soleh.
Alhamdulillah, pagi tadi aku sempat mengikuti kuliah dhuha yang disampaikan
oleh Syeikh Ahmad Fahmi Zam-zam Al Banjari seorang ulama Indonesia tetapi telah
lama menetap di Malaysia terutama di negeri Kedah. Sedikit kata-kata hikmah
yang aku dapat kongsikan bersama sebagai renungan bersama:
"Anak Rahsia Kepada Seorang Bapa"Anak oleh soleh/solehah bermula ibu bapa yang soleh/solehah. Mengimpikan anak-anak yang soleh bukan sesuatu yang mustahil dan malah menjadi mudah apabila kehidupan beragama diterapkan dalam institusi keluarga.Kisah yang diceritakan oleh Sy Ahmad Fahmi dikongsikan bersama, seorang Ulama Besar Nusantara yang terkenal SYEIKH ARSYAD AL-BANJARI (Pengarang Kitab Sabilal Muhtadin) yang hidup sezaman dengan Syeikh Abd Samad Palembang (Pengarang Kitab Siyarus Salikin) dikatakan mempunyai nasab keturunan cucu cicitnya alim ulama melebihi 150 orang selepasnya. Subhanallah! Pahala cucu cicitnya mengalir sehingga kini, kesan besar…barakah tidak putus apabila menjadi mukmin yang soleh =)
Tuan Guru Syeikh Hussein Kedah Al Banjari, seorang ulama Kedah berketurunan Syeikh Arsyad Banjar.
Anak cerminan diri ibu dan
ayah. Kalau budak itu nakal, pertama sekali orang akan bertanya siapa ibu dan
ayahnya…? Sebaliknya juga sekiranya anak itu soleh…ramai juga yang akan
tertanya2 siapa ibu dan ayahnya…? Aku belum berkahwin….mungkin sekadar itu
sahaja yang mampu dikongsi kerana tiada lagi pengalaman susah perit membesarkan
seorang anak.
Sekadar pengalaman melihat
ibu dan ayah sahaja membesarkan aku dan adik2…ditambahkan pula lelaki semuanya,
nakal & buas belaka…mohon maaf berbanyak2 kepada insan tersayang ibu dan
ayah atas salah laku…terima kasih membesarkan kami bertiga…moga Allah sentiasa
merahmati mak dan ayah =)
:)
ReplyDelete