Salam untuk semua, moga dirahmati
Sekian lama aku menyepi dari menulis, bukan merajuk jauh sekali melupakan laman blog ni...aku sebenarnya terputus talian. Harap sahabat2 semua sihat belaka...mohon maaf tak sempat untuk balas kunjungan semula...ni pun pinjam seketika laptop saudara. Sepanjang 2 bulan di KL menyewa rumah tanpa sebarang kemudahan lagi...insyaAllah lepas ni perlahan2 menaik taraf benda yang kurang terutama talian Stremyx...
Alhamdulillah, selepas 5 tahun 6 bulan bertarung dengan ilmu dan buku...hari ni berlangsungnya Majlis Istiadat Konvokesyen PISMP IPG KPM di PICC, Putrajaya. Pertama sekali aku mengucapkan terima kasih buat mak dan ayah yang sentiasa mendorong dan mendoakan kejayaan, para guru (pensyarah) yang tidak jemu2 mendidik dan mecurahkan ilmu...sahabat2 PISMP yang sentiasa menjadi penghibur dan kenangan sepanjang 5 tahun 6 bulan di institut.
Aku mengucapkan tahniah kepada semua sahabat yang turut bersama2 menerima Ijazah pada Majlis Istiadat Konvensyen yang bermula pada hari ini (13 Mac) dan berakhir esok (14 Mac). Semalam berlangsung reheseal Konvo, sempat bertemu kembali sahabat2 lama...masing2 dengan kehidupan dan pengalaman yang baharu. Penampilan juga sedikit sebanyak sudah berubah. Riuh rendah bercerita kisah ditempat masing2...tak lupa sahabat2 yang mengajar di sekolah2 pedalaman Sabah Sarawak...cabaran dan dugaan luar biasa...tapi gaji banyak mungkin menjadi penawar duka di sana...hehe
Pelan selepas ini mungkin mencari peluang untuk menyambung belajar ke peringkat lebih tinggi...insyaAllah...harap semuanya dipermudahkannya...insyaAllah moga kita semua mendapat apa yang dicita dan diimpikan, berusaha ke arah kecemerlangan =)
tahniah dh convo..
ReplyDeletesemoga berjaya capai segala cita-cita...
=D
Tahniah dulu dari kakak. Sudah tiba kemuncaknya utk diraih dari segala usaha dan doa sepanjang 5 tahun setengah. Mak-ayah azhan juga tak lupa kakak nak ucapkan tahniah atas dorongan/doa beliau berdua...
ReplyDeleteSelagi boleh belajar dik teruskan....
tahniah bro.....
ReplyDeleteInsyaallah, terima kasih kawan2..terima kasih akak, abg dan adik2 semua =)
ReplyDeleteAssalammualaikum wbt.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tahniah yea dik. Semoga menjadi pendidik yang cemerlang, gemilang dan terbilang dan berkhidmat kerana ALLAH SWT.
assalam, tahniah cikgu, semoga menjadi harapan dan dambaan anak didik yg dahagakan ilmu....
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeletetahniah!
KLIK:PUSAT TUSYEN HIDUP KERANA GURU TAK BERKUALITI
tahniah.selamat maju jaya dan jumpa lagi nati.:O)
ReplyDeletetahniahhhhh2...
ReplyDeleteakhirnya berjaya jugak mendapat segulung ijazah.. err.. gulung ka?
rajin nowh hg nk smbung lagi.. baguih2.. smoga terus sukses..
tahniah azhan!!!!
ReplyDeleteTAHNIAH..semoga menjadi seorg guru yg brdidikasi..InsyaAllah.....byk cabaran yg menanti di depan....semoga tabah dan sabar melalui semua itu.......
ReplyDeleteSelamat bercuti..
Tahniah.semoga menjadi pendidik yg cemerlang gemilang dan terbilang~
ReplyDeletetahniah dah konvo ...semoga dpt mendidik anak bangsa menjadi insan yg terbaik...insyaallah
ReplyDelete