Pages - Menu

13.10.11

Kembali Menulis Blog | Kisah Seminar Penyelidikan Tindakan

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA

Hampir sebulan aku tinggalkan blog ni, memang aku sebenarnya dah hampir terlupa tentang blog usang ni...nak menaip tadi aku tercari2 seketika di memori otak tentang bagaimana nak sign in blog...perggghh! memang betul2 aku terlupa sampai macam tu. Sebulan terasa lama, hampir sahaja memori blog di kepala hilang begitu sahaja. Harap tiada yang melakukan perkara sama di masa akan datang. Maksimumkan otak anda!

Alhamdulillah aku masih sihat dan ada peluang untuk menaip bagi membuka semula gelanggang bicara, aku doakan sahabat2 dan pembaca juga sihat2 ya, insyaAllah. Perkembangan terkini, aku dalam proses membukukan Penyelidikan Tindakan(PT) yang telah dibentangkan lalu, mungkin 2 minggu akan selesai semuanya, dan selepas itu persediaan untuk peperiksaan akhir semester yang terakhir untuk aku di institut.

Tentang Contest Aku Berpuisi, aku baru sahaja memproses semua puisi untuk disemak dan ditapis. Mungkin aku perlukan masa 1 minggu untuk memberikan keputusan akhir, mohon maaf kepada semua sahabat dan peserta yang mungkin terlalu lama menunggu keputusan. Penantian tu sangat membosankan bagi aku, tapi aku membiarkan mereka tertunggu2...huh! Mohon maaf kepada semua buat sekian kali...

Aku bercuti lama daripada menaip ni, kekangan masa dengan PT terutamanya semasa proses Seminar yang telah selesai berlangsung 27 Sept yang lepas, lama dah berlalu. Tahniah aku ucapkan kepada semua sahabat sekelas PSIMP 8A yang telah berjaya membentangkan hasil kajian masing2 dengan jayanya, malah bakal menamatkan pengajian hampir sebulan lagi dari sekarang, insyaAllah.

Gambar kelas tidak dapat dipaparkan atas masalah teknikal yang belum diketahui punca…

 

10 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Moga saudara sihat hendaknya dengan izin~Nya..

    Selamat kembali menulis dan moga Allah permudahkan..

    ReplyDelete
  2. erk..
    np tak dapat tgk pic pn...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah balik dah ye. Baguslah dik... pada kakak utamakan demi masa depan, blog sampai bila-bila pun ada tak lari punya.

    Masa belajar ini akan kekal dlm ingatan dan tak akan kembali lagi. Selagi ada peluang lakukan.

    ReplyDelete
  4. salam, selamat kembali ke dunia blog.

    ReplyDelete
  5. azhan: itulah, knp ntah pic xdapat tgk...nak try cara lain jap...

    ReplyDelete
  6. Salam ya akhi,
    Pergh lama tu sebulan...Apa pun misti terubat rindu pembaca blog akhi :-)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah semoga Allah permudahkan segala urusan azhan...amin.

    ReplyDelete
  8. aku harap penantianku tidak sia - sia(nampak mengharap x ayat aku nih bro?)
    ekekekkeke

    ReplyDelete
  9. hans: pergh..memang terharu aku..hehe

    terima kasih semua, mmg terubat juga rindu pada semua, moga kalian sihat2 dan ceria2 =)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...