Pages - Menu

16.9.11

Terpaksa Tinggalkan Blog Seketika | Tahun Akhir Pengajian

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)
Alhamdulillah masih punya peluang bernafas dalam iman...moga pengakhiran nafas jua dalam iman. Sudah lama benar aku tak update blog ni. Lama juga tak jenguk sahabat2 blog yang tak putus2 datang ke sini. Pertama sekali nak minta maaf sebab tak balas lagi jejak2 kalian. Sejak seminggu sebelum raya hari tu aku dah mula sibuk, sampai lepas raya sampai sekarang. Yang kedua, tentang contest aku berpuisi, insyaAllah akan mula disemak secara berpingkat, tapi belum ditentukan bila yang sesuai lagi kerana kekangan masa.

Aku sekarang sedang sibuk dengan persiapan pembentangan tesis kajian pada 27 hb Sept, hujung bulan ni. Tesis tahun akhir Pengajian Melayu, wajib untuk setiap pelajar IPG yang tahun akhir major Pengajian Melayu. Mohon doa daripada kalian juga ya, mudah2an aku dapat sampaikan pembentangan dengan baik, huh...takut juga nak bentang ni...semua pensyarah bahasa dan sastera akan turun nanti...harap tak da la soalan2 provokasi...

Tinggal lagi 2 bulan lebih kurang aku nak habiskan pengajian kat maktab. Dah 5 tahun 5 bulan...sekejap ja rasa masa berjalan. Umur pun makin tua dah ni...awal masuk dulu 18 tahun...macam budak2 sekolah lagi...tup2 dah nak habis belajaq. Begitulah sedikit sebanyak kisah aku belajaq ni, aku memang tak suka sangat nak kongsi cerita peribadi ni.hehe

InsyaAllah, lepas sahaja selesai pembukuan tesis nanti, aku akan mula berblog dengan aktif kembali. Dulu tak buka blog sehari pun tak boleh duduk diam, tapi sekarang terpaksa berkorban seketika...Aku terpaksa tinggalkan sekejap rumah usang ni...mohon maaf pada semua ya. Tentang contest akan disemak, mohon maaf kepada semua peserta, penyertaan kalian sangat dihargai! TQ semua! Doakan kejayaan, moga kalian juga berjaya dunia akhirat, dan dirahmati-NYA =)

*Dalam sibuk2 ni, wireless usb pula rosak...terbantut juga kerja. Tunggu warranty lambat lagi tu..entah bila...ni pinjam netbook member jap, TQ Adha!

15 comments:

  1. Teruskan Berusaha , demi kejayaan dan harapan. Semoga Berjaya!

    ReplyDelete
  2. Kakak doakan kejayaan bangsa kita terus bejaya dik. Kakak pun sibuk sebab anak-anak nak periksa. Seminggu tak jenguk fb dan blog.

    Moga azhan terus berjaya dan cemerlang. Tak kisah blog boleh jenguk bila dah berjaya kelak...

    ReplyDelete
  3. semoga cemerlang dunia akhirat bro =)

    ReplyDelete
  4. nak habis dah azhan..oh maktab... selamat berjuang!

    ReplyDelete
  5. good luck ! buat yang terbaik ! :)

    ReplyDelete
  6. terus berusaha!!! insyallah kejayaan pasti dimiliki :)

    ReplyDelete
  7. gud luck....moga menjadi seorg pndidik yg cemerlang.

    ReplyDelete
  8. salam, teruskan mengejar cita-cita anda, semoga menjadi guru yang cemerlang...kami sentiasa menunggu kehadiran anda.

    ReplyDelete
  9. sayang jugak ya tinggal blog ni...apa2 pun teruskan usaha moga berjaya dgn cemerlang...

    ReplyDelete
  10. Buat yang terbaik sahabat, semoga dipermudahkan Insha Allah.

    ReplyDelete
  11. selamat belajar! good luck ye..buat elok2 :)

    ReplyDelete
  12. Semoga berjaya menggapai cecita.. Insya Allah

    p/s: sekadar bertanya, kenapa nama saya tiada di dalam senarai peserta Contest Aku Berpuisi..


    http://alongnidar.blogspot.com/2011/08/contest-aku-berpuis-i-biarkan-mereka.html

    ReplyDelete
  13. Asssalamualaikum,Adik.KUNJUNG berikut diblog,TAHNIAH,selamat hari LAHIR(25/9/2011),dipanjang usia,sehat,dipermudah setiap urusan,berjaya dengan cemerlang dalam pengajian,Amin.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...