Pages - Menu

31.8.11

Siapa Mat Indera & Tok Janggut Dalam Menuntut Kemerdekaan Negara?

Salam untuk semua, moga dirahmati...

Sejarah tercatat bakal menyaksikan dua manusia, pengkhianat atau pejuang. Apabila memandang skop penjajah, hampir semua pejuang tanah air dianggapnya pengkhianat...antaranya Tok Janggut, Tok Ku Paloh, Hj Abdul Rahman Limbong, Mat Salleh, Dato Bahaman...sejak aku belajar sejarah, UMNO lebih ditonjolkan sebagai hero kemerdekaan negara. Aku percaya, sebab waktu aku ambil exam SPM...ikut saja fakta dalam buku teks....

Kebangkitan masyarakat Melayu ketika itu dibawa oleh revolusi Islam melalui ulama-ulama seperti Syed Al Hadi, Burhanuddin Hilmi, Abu Bakar Baqir..mereka yang belajar di timur tengah lebih terdedah dengan revolusi menentang penjajah. Yang aku pelik kenapa UMNO lebih ditonjolkan sebagai hero kemerdekaan sebenar? Sedangkan sekolah-sekolah pondok ketika itu telah lama menerapkan tentang penentangan penjajah sebelum wujudnya UMNO...tetapi mereka yang berhaluan "agama" pasti mendapat label buruk seperti "haluan kiri" dan sebagainya.

Waktu aku sekolah agama dulu aku selalu fikir benda ni...Mengapa orang belajar agama seperti para ulama yang menuntut kemerdekaan ketika itu dilabel "berhaluan kiri" dan "gerakan bawah tanah"...? Kenapa orang yang menentang Komunis dilabel hero sedangkan yang menentang British dianggap pengkhianat...? Tok Janggut dulu menentang British, Tok Janggut dilabel sebagai pengkhinat...Mat Indera juga menentang British (melalui PKM) juga dilabel pengkhinat...siapa pejuang pula? Memang aku serabut fikir benda tu dulu...tapi dah nak exam SPM, aku hafal dan hadam saja sejarah buku teks tu...

Dah besar sikit, aku mula baca banyak buku-buku sejarah...yang paling terkesan apabila aku baca buku-buku karangan Ust Ridhuan Mad Noor yang menceritakan peranan Ulama Ketika Zaman Kemerdekaan, dan beberapa lagi buku sejarah terutama kebangkitan Islam di Malaysia. Baru aku faham...buku teks sejarah yang baca dulu masih samar-samar tentang erti sejarah yang sebenar, golongan agama tidak akan ditonjolkan sebagai pejuang sebenar tetapi yang mampu "berbaik" dengan penjajah itu adalah hero sebenar kemerdekaan.

Tak semudah itu British memberikan kemerdekaan melainkan ditinggalkan pasak yang kukuh kepada tanah jajahan. Justeru, jadilah diri untuk perjuangan yang asli demi agama bangsa dan negara. Aku mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua pejuang  dan "pengkhianat" negara kerana perjuangan mereka kita menghirup keamanaan sekarang. AL Fatihah.

TOK JANGGUT

Setelah gugur syahid di Pasir Puteh, jasad Tok Janggut telah dibawa ke Kota Bharu dan digantung songsang di khalayak ramai, di Padang Bank. Sebagai tontonan dan pengajaran kepada rakyat Kelantan yang terfikir untuk menentang Inggeris.
Klik sini untuk mengetahui sejarah pejuang... [LINK]
MAT INDERA

Foto Mat Indera(3 dari kiri) bersama kawan-kawan sekolah Melayu

Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak.Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain. 
Klik sini untuk mengetahui sejarah pejuang...[LINK, LINK, LINK]

8 comments:

  1. suka entry nih
    apa2pun
    selamat hari raya
    maaf zahir batin
    :-)

    ReplyDelete
  2. salam alaik..

    ana pon dah lama pikiaq pasai ni..masa masuk form 6 ana tersedar coz ana ambik mata pelajaran pengajian am..xdak pon tajuk yg bkaitan hal2 ni..tp ana dapat satu buku yg sgt menarik kt library..baru ana faham perjuang dengan pengkhianat..

    permulaan masuk universiti, dapat subjek kenegaraan..lg faham apa pengertian tu semua, ana bnyak tanya lec smpai lec naik cemuh ngan muka ana..alih2 lec crita itu ini n tunjuk fakta sapa pejuang sapa pengkhianat..! xtau knp time tu ana nangis..! kata lec dia xleh nak habaq semua..nnt dia kena buang kerja..adeh..lec ni..rezeki bukan manusia yg kasi..semua tu Allah yg tentukan.. oke..! universiti kami adalah universiti yang memperjuangkan bangsa dan negara..! bukan mperjuangkan agama..
    TNC u kami adalah ketua BTN..! patut le lec takot2 ja..

    sebab tu selalu ckp pasai MELAYU.. Melayu xkan masuk syurga lah.!

    n then ana telaah satu buku..xingt tajuk apa yg berkaitan MEMALI kedah..sungguh sedih..!! terjumpa pula keratan akhbar yg bungkuih nasi lemak..smbil makan smbil baca..sambil2 tu menangis teresak2 smpai dah xlalu nk jamah nasi..kisah MEMALI sungguh menyayatkan hati..kebetulan belajaq di kedah so ni lah peluang utk ana ziarah kampung tersebut.. ana cari makam para syahid yang mati mempertahankan agama dlm kisah MEMALI..malangnya tak jumpa..ana singgah sebuah rumah Allah..ana disambut dgn bau yg sungguh wangi..berhampiran rumah Allah tu ada kubur yg dijaga rapi..ana tanya seorg lelaki tua yg mperkenalkan dirinya sebagai pjaga rumah Allah dan penjaga kawasan kubur tu dari mana datangnya bau yg sgt wangi ni?..pak cik tu ckp bau wangi-wangian tu dtg dari kubur para pejuang yg mpertahankan agama Allah..kubur para syahid MEMALI.. Allah..akhirnya ana jumpa jua..menangis ana di situ...pakcik tu ckp lagi "kalo hangpa org UMNO, jgn jejak kaki disini..para pjuang agama Allah ni xredha kat hangpa.."tegas bunyinya.. pakcik tu faham coz kami smua btudung labuh..^^

    tadi pula ana tekan rmote cntrol..pakai tekan ja..xreti main2 siaran kt astro.. tgk crita bukit kepong & then crita hati malaya..entah kenapa rasa meluat..! maafkan ana bahasa sgt kasaq.. namun, tu la yg ana rasa.. awat UMNO yang diangkat..?? kenapa tiada lakonan semua mengenai tok janggut?dato bahaman dan seanggkatan dengannya?betapa peritnya depa mpertahankan hak..

    Malaysia merdeka hanya diatas sekeping kertas & pena..di tandatanganinya kertas itu tak perlu bermati-matian..mudah..senang..sbb tu kita smua ikut undang2 inggeris..

    alfatihah kepada para syahid MEMALI ustaz Ibrahim Libya dan sahabat2nya yg mati syahid.. Al-FATIHAH...

    p/s:mohon maaf if komen ini agak menimbulkan kontroversi.. InsyaAllah,kita hidup kerana Allah, kita mati pun kerana Allah..takutlah hanya kepada Allah..bukan takut kepada hamba2Nya.. hormtailah kpd pemimpin yg taat kepada agama Allah..

    MY ROLE MODEL IS MUHAMMAD SAW...

    syukran..waallhualam..

    ReplyDelete
  3. salam sahabat, terima kasih atas komen yang bernas dan membuka minda, benar tu...sejarah sebenarnya mengajar erti pengorbanan pejuangan dulu, tetapi fakta masih menjadi tanda tanya kepada semua. Mungkin pembacaan yang luas dapat merungkaikan permasalahan ni, insyaAllah =)

    ReplyDelete
  4. Salam raya ke 3,

    syaitan turut merdeka di hari merdeka, hati-hati.

    ReplyDelete
  5. penentang penjajah dulu sering digambarkan memberontak kerana terlepas peluang mengutip cukai dari rakyat sesama melayu.

    ReplyDelete
  6. mmg tym kt skola mngh dlu pn,,rsa cm hairan ngn sjrah kita ni,,psal PUTERA,AMCJA..dll lar(sori kalo tetiba cm kuar topik lak,,8')..)

    ReplyDelete
  7. UMNO bukan pejuang tapi adalah patung boneka British(Freemason) sampai ke hari ini,samaada mereka sedar atau tidak wallahualam.

    Cuba baca nama-nama pejuang(Kononnya)yang tertulis di Tugu kemerdekaan.TAK ADA satupun nama-nama orang melayu.

    Ada tak nama Lftd.Adnan atau pejuang Iban Kanang anak langkau.
    TAK ADA .Yang ada hanya nama-nama pegawai tentera PENJAJAH British.

    Sampai bila nak kena tipu dengan British(Freemason).Sedarlah..
    Tu bukan tugu kemerdekaan tapi tugu kemenangan mereka Bertapak di Tanah Melayu/Malaysia.

    -N3 Terbaru(harap bagi komen)-

    http://ijoks2009.blogspot.com/2011/09/syabas-tpm-berani-tegur-kesilapan-anak.html

    ReplyDelete
  8. suka entri ni..
    banyak mmbantu sy dlm mndalami sejarah sbnar yg telah digelapkan oleh pemerintah sedia ada..

    harap sdr tuan blog trus mngkaji lbih mndalam.. sy follow.. ^^,

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...