Pages - Menu

4.8.11

Luruskan saf ! Rapatkan saf !


Luruskan saf ! Rapatkan saf !
Ungkapan ini sering kita dengar dari mulut imam dalam hendak memulakan solat secara berjemaah. Tetapi adakah kita faham dengan ungkapan itu? Luruskan saf? Rapatkan saf? Cuba kita lihat gambar di bawah.

Melurus dan merapatkan saf bererti mesti menjaga kaki. Ketika solat berjemaah jarak yang terbaik ialah sehingga menyentuh jari kaki ahli jemaah lain di sebelah kita. Ia sekali gus mempertautkan ukhuwah serta mampu membuang rasa keegoan diri. Seperti yang disebut hadis sahih riwayat al-Bukhari di bawah:

"Adalah semua kami (sahabat) bersentuh bahu kami dengan yang lain, demikian juga hujung kaki." (Riwayat al-Bukhari)

Jarak dua kaki menjadi penting dan tergolong dalam sunah yang khusus apabila menunaikan solat secara berjemaah bagi memperolehi kualiti yang terbaik dan pahala terbanyak. Antara hadis-hadis yang lain:

"Luruskanlah saf kamu (ketika solat), sesungguhnya aku nampak kamu dari belakangku." (Riwayat al-Bukhari)

"Mestilah kamu meluruskan saf kamu atau kamu akan bercanggah (melakukan kesalahan) dengan arahan Allah di hadapan-Nya." (Riwayat al-Bukhari)

Hadis di atas amat penting dan memberikan ancaman bagi mereka yang bermalasan dalam merapat dan meluruskan saf. Tanpa disiplin tersebut, manusia akan berada dalam rasa keegoaan masing-masing hingga berasakan geli untuk menyentuh kaki ahli jemaah di sebelah mereka. Di samping itu, ia juga menunjukkan jemaah tersebut kurang ilmunya hingga akhirnya tindakan ini jika dibiasakan maka Allah S.W.T akan membiarkan berlakunya permusuhan dan pertengkaran dalam masyarakat ini.

Tanpa merapatkan saf juga memberi peluang dan ruang untuk syaitan sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W :

"Luruskan saf kalian, dan luruskanlah bahu-bahu kalian, dan tutuplah celah-celah. Jangan biarkan celah-celah tersebut untuk syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, nescaya Allah akan menyambung (urusan) nya. Barangsiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah akan memutus (urusan) nya." (HR Abu Daud 666, Sohih Targhib wa Tarhib 495)

Semoga dengan ilmu ini kita boleh memperbaiki sifat solat kita untuk menyamai sifat solat Nabi S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W : "Solatlah kamu sepertimana kamu lihat aku solat" (HR Bukhari dan Ahmad, dalam Irwaul Ghalil 213).
 

12 comments:

  1. Assalamualaikum ya sahabat..

    Rasulullah s.a.w. dengan jelas memberitahu kita bahawa apabila barisan saf solat tidak betul dan bengkang-bengkok maka hati juga akan berselisih, bercanggah dan susah untuk bersatu...

    ReplyDelete
  2. =)
    ilmu yg baek ni
    patot sume owg take note nih!
    maceeeh ye!

    ReplyDelete
  3. huuu,bagus laa info..tp tu laa,manusia ni bile die tengok masjid besor die otomatik jadi tak rapatkan saf..susah maa

    ReplyDelete
  4. betul tu tapi ramai yg bila kite rapatkan kaki mereka pulak yg jauhkan kakinya..

    ReplyDelete
  5. Setuju dengan Prince...kita cuba rapatkan...mereka pulak menjauhkan...haaaiihhh.

    ReplyDelete
  6. Masa mula solat saf ok lagi tapi bila selepas 8 rokaat banyak saf lompong kalau terawikh nie.

    Kalau di Masjidilharam saf amat rapat sebab terlalu ramai jemaah hingga bila tahiyyat pun punggung rapat antara satu sama lain bukan saja kaki...

    ReplyDelete
  7. tp kalau sembahyang kat masjid ramai yg pnting kan diri...
    bila suruh rapatkan saf buat x tau je..
    sibuk sgt nak dok bawah kipas..
    xphm betol la..

    ReplyDelete
  8. banyak perkara sebegini tidak diambil berat....Thanks 4 sharing.

    ReplyDelete
  9. salam, kadangkala kita alpa tentang hal yg menjadi tuntutan ini...

    ReplyDelete
  10. terima kasih ats info.ssah nk jmpa msjid yg saf nya elok skrang.aish.

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum
    Jom kita rapatkan saf
    saf yang rapat
    lambang kesatuan ummah
    salam ramadan\wassalam

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...