Pages - Menu

22.5.11

Terkini! Rumusan Ringkas Seminar "Membina Negara Sejahtera" 22 Mei 2011 Di Dewan MBPJ.


Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Pertama sekali saya bersyukur diberikan kesempatan untuk hadir seminar  hari ini, walaupun beberapa orang panelis tidak dapat hadir dan digantikan dengan tokoh yang tidak kurang hebatnya. Saya ingin berkongsi dengan sahabat2 tentang sedikit rumusan ringkas tentang seminar yang bermula sejak awal pagi tadi dan berakhir pada lewat petang. Mungkin entri ni agak membosankan kepada yang tidak minat isu2 politik, tetapi apa pun politik suatu  perkara yang sangat penting dan menjadi tanggungjawab semua. Mungkin saya tidak akan menyentuh semua perkara yang dibincang tetapi memilih hal2 penting dan hangat yang dibahaskan sepanjang seminar.


Ekonomi

Pertama sekali isu ekonomi Islam yang dibentangkan oleh YB Dr Zulkifli Ahmad (MP Kuala Selangor), YB memulakan ucapan dengan sepotong ayat Quran tentang kepentingan "amanah". Urus tadbir ekonomi merupakan salah satu cabang penting dalam menentukan kejayaan sesebuah pentadbiran, tanpa sifat amanah struktur ekonomi akan dijijikkan dengan gejala rasuah dan kronisme yang teruk seperti sekarang. 

Seterusnya, YB menjelaskan tentang pernyataan Bank Dunia yang tertarik dengan sumber kekayaan hasil bumi (minyak, gas, getah, sawit, balak dll) di Malaysia antara yang terkaya di dunia tetapi tidak mampu menjana pendapatan seperti yang diharapkan? Dimana silapnya, sama2 kita fikirkan ya... Penutup, YB berharap ekonomi perlu kembali kepada asas yang telah digariskan oleh Islam, terutamanya melalui karya2 Ibn Khaldun yang banyak membahaskan tentang sistem politik Islam serta beberapa orang lagi ulama2 muktabar.

Masalah ekonomi yang meruncing (melalui pemerhatian YB)
1. Jurang pendapatan rakyat makin melebar antara rakyat termiskin dan terkaya.
2. Negara terlalu bergantung harap kepada hasil pendapatan minyak dan gas.
3. Kita kekurangan tenaga pakar untuk urus tadbir ekonomi



Pengamalan Hiburan Menurut Islam

Tajuk ni dibentangkan oleh Timb Mufti Perak, Tuan Hj Zamri Hashim mewakili NGO Isma. Beliau menegaskan Islam tidak melarang umatnya untuk berhibur tetapi perlu mempunyai beberapa panduan hiburan yang dibenarkan. Hiburan juga tidak hanya sekadar berhibur kosong tetapi mestilah matlamat hiburan kembali kepada mengingati Allah dan mencapai puncak keredhaanNYA. Beliau juga turut menyentuh beberapa perkara antaranya:-

1. Garis panduan hiburan telah difatwakan oleh Muzakarah Majlis Fatwa lebih awal dahulu tetapi dari segi pengamalannya tidak berlaku. Sekadar terdapat hitam putihnya sahaja.

2. Pentingnya perubahan landskap politik bermula daripada puncak tertinggi kerana perubahan tidak akan berlaku sekiranya tidak berubah pemimpin atasan. 

3. Cerita, filem2 tahyul seperti filem hantu banyak merosakkan akidah umat Islam seterusnya membantu ke arah penularan gejala yang tidak sihat dalam kalangan anak muda.


Tafsiran Negara Islam Dan Kaitan Dalam Perlembagaan

Tafsiran adakah Malaysia ini negara Islam atau sebaliknya? Begitulah beberapa persoalaan yang hampir sama diutarakan. Tafsiran ini mempunyai pelbagai perbezaan pendapat. Terdapat ulama yang membahaskan sesebuah negara itu hanya perlu ditadbir oleh orang Islam dan mempunyai rakyat majoriti beragama Islam, terdapat pendapat2 yang lebih kuat mengatakan bahawa negara Islam perlu dilaksanakan hukum Islam (Hudud Qisas) baru boleh diiktiraf sebagai negara Islam.

Isu ini sangat panjang lebar dibahaskan tetapi beberapa rumusan menarik telah dibuat oleh dua orang ahli panel terkenal Prof Aziz Bari dan Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin. Saya lebih tertarik dengan pendapat yang dikemukakan kerana mereka tidak terlalu memfokuskan kepada istilah2 tersebut tetapi kepada pengisian yang perlu dijalankan dalam negara. Perkara ini sangat bertentangan dengan pendapat yang dikemukakan oleh panelis yang mewakili Hizbur Tahrir (HT) yang memperjuangkan Sistem Khilafah Islam sepenuhnya, serta Hizbur Tahrir juga turut menyelitkan contoh perlembagaan yang telah dirangka khas untuk sebuah negara Islam.

Yang menarik, HT banyak kali dibidas oleh para penonton yang mengajukan persoalaan yang menyatakan perkara tersebut tidak realistik untuk dijalankan dalam situasi sekarang. Saya setuju! Prof Aziz Bari juga menegaskan bahawa pembentukaan perlembagaan bukan suatu yang mudah, bukan hanya bercakap2 kosong seperti mentadbir rumah tangga tetapi ia perlu perincian dan prosedur yang sukar. Prof turut menegaskan bahawa menukar perlembagaan adalah sesuautu yang hampir mustahil untuk situasi sekarang. Kenapa? Setiap perkara yang diusulkan perlu persetujuan 2/3 ahli dewan. Cuba bayangkan apakah mungkin 2/3 ahli dewan akan bersetuju dengan perlembagaan yang baharu? 

Sedangkan perkara2 remeh-temeh yang lain dalam politik sendiri belum jumpa titik penyelesaian, jauh sekali untuk merombak perlembagaan yang sedia ada. Terakhir, Prof Aziz menyimpulkan bahawa masih ada ruang dan laluan kepada Islam walaupun negara menggunaan perlembagaan yang dikatakan berasaskan Lord Reid. Yang penting, mulakan gerak kerja Islam bermula dalam rumah tangga sehingga ke peringkat yang lebih besar. Gunakan segala bentuk ruang yang ada untuk menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat.


Rumusan

Begitulah sedikit rumusan ringkas yang saya dapat kongsi dengan sahabat2, mesti korang boring baca ni.hehe. Sebenarnya masih banyak yang berlegar di kepala ni, tetapi nak olahkan amat sukar kerana tokoh-tokoh panelis yang dijemput  banyak menggunakan bahasa2 yang tinggi menyebabkan saya sendiri susah nak faham isi penyampaiannya.hehe. Saya tertarik dengan Prof Aziz Bari dan Prof Dr Asri kerana mereka mempunyai hujah yang jelas dan mantap. Sekian, moga kalian beroleh sedikit manafaat =)

3 comments:

  1. Because of politics, we are still not free after more than 50 years of independence, he said.

    Hizbut Tahrir Malaysia president Abdul Hakim Othman added the countrys constitution must be replaced as it has been stained by the colonial British.

    A Caliphate state is based on divine revelation. It is not a democratic or a theocratic state. It is only an Islamic state when the constitution is based on the Quran and prophetic traditions, he said.

    AR RAYAH WORLD NEWS
    http://ibnuyassir.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. @miecyber: betul! tepat!

    @abu idris: seperti yang dijelaskan oleh Prof Aziz, tak semudah itu nak ubah perlembagaan. Yang penting sekarang adalah menggunakan ruang yang ada untuk sebarkan dakwah.

    bercakap sesedap madu, tetapi tak semudah nak capai semua itu...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...