Pages - Menu

12.5.11

Hujan Mengajar Erti Syukur


Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Beberapa hari Allah menduga dengan kepanasan, ditambah dengan persekitaraan jerebu yang berbahaya. Langit tidak selalu cerah, Alhamdulillah selepas 7 hari berpanasan akhirnya turun juga titisan-titisan hujan. Bumi kembali disirami, hati terus saja memanjatkan rasa syukur. Adat insan, apabila tidak memperoleh sesuatu pasti banyak saja keluhan serta rungutan. Tetapi lupa ketika dalam keselesaan, makin jauh makin tersimpang.


Cuaca yang panas mengajar sebuah erti kesyukuran, erti sebuah kenikmatan. Yang kadang2 dipandang biasa-biasa. Yang kadang2 dipandang sepi. Kembali rasa di hati, moga2 menjadi insan yang sentiasa bersyukur dalam apa jua keselesaan dan kesusahan =)

Siti Aisyah berkata kepada nabi, “Ya Rasulullah, kenapalah sampai kamu teruk-teruk beribadah hingga bengkak kaki, sembahyang lama-lama, menangis lama-lama, tidakkah Allah telah ampunkan dosa kamu dahulu dan kemudian?”. Nabi menjawab “Kalau demikian adanya mengapa aku tidak menjadi hamba yang bersyukur”.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)

4 comments:

  1. dalam kepanasan pn ada rahmat dan hikmah yg Allah berikan utk kita..dlm kepanasan kita akan minum lbh byk air masak dan ianya sgt baik utk kesihatan..

    kt muar hujan blm turun ttp jerebu terus melanda....

    ReplyDelete
  2. mula2 diberikan ujian, kemudian diberikan kenikmatan hidupp ini..

    ReplyDelete
  3. biar panas atau sejuk, hujan itu senantiasa di nanti.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...