Pages - Menu

11.5.11

Bila Nur Melimpah Di Hati

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Bila Nur Melimpah Di Hati, begitulah syahdunya sekali dengar lagu ni di awal2 pagi, terkenang pula saya kepada gerangan penyanyi nasyid yang menjadi ikon kepada penyanyi lain, Allahyarham Ust Asri. Lagu ni memang klasik, tetapi mempunyai maksud yang mendalam. Jom hayati lirik kat bawah ni =)

Bila nur melimpah di hati
Manusia itu bangun
Dari alam kegelapan
Ibarat mata yang berseri

Meratapi mentari pagi yang
Indah dan cerah menerangi
Kerana iman dan juga islam
Telah menjadi keyakinan

Bila quran dan sunnah didaulatkan
Ketika itu jiwa dikorbankan
Harta kemewahan dilaburkan
Demi untuk agama kebenaran

 Kehilangan Ust Asri memang cukup terasa, seminggu sebelum pemergiannya saya sempat tengok konset Rabbani.

Lagu nasyid ni dinyanyikan oleh  Kumpulan Nada Murni merupakan sebuah kumpulan penyanyi nasyid yang aktif di Malaysia sekitar era 1987-an. Nada Murni terpecah kepada dua, Rabbani dan Hijjaz. Kumpulan Nada Murni dianggotai oleh sekumpulan bekas ahli jemaah Al-Arqam. Antara yang terkenal ialah:

1. (Asri) Mohamad Asri bin Ibrahim (meninggal)
2. (Isman) Ismen Nadim bin Isam
3. (Munif) Munif Ahmad @ Putra Aiman
4. (Faizal) Mohd Faizal bin Osman
5. (Ariffin) Muhammad Ariffin b. Ahmad Rahim
6. (Salleh) Salleh bin Ramli (meninggal)

Waktu kumpulan ni terkenal, saya sendiri belum lahir lagi pun.hehe. Kira lagu ni memang tak dimamah zaman, terus membawa ruh dan terus mantap kepada generasi terkemudiannya. Moga jasa2 penyanyi nasyid terus dirahmati-NYA =)

7 comments:

  1. lagu-lagu kerohanian mmg xlapuk dek zaman O.o

    hanks follow jat,nway follow sini juga O.o

    ReplyDelete
  2. lirik yang menginsafkan dalam irama yang menambah keinsafan.

    ReplyDelete
  3. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Maaf lama tak ziarah kamu semua….
    Jom Terjah entry terbaru ??
    diy bumbung kereta karat

    Bagaikan permata di celahan kaca
    Kedipnya sukar untuk dibezakan
    Kepada-Mu Tuhan ku pasrah harapan
    Moga tak tersalah pilihan

    Nur Kasih Mu mendamai di kalbu
    Jernih setulus tadahan doaku
    Rahmati daku dan permintaanku
    Untuk bertemu di dalam restu

    Kurniakan daku serikandi
    Penyejuk di mata penawar di hati
    Di dunia dialah penyeri
    Di syurga menanti… dia bidadari

    Kekasih sejati teman yang berbudi
    Kasihnya bukan ketepaksaan
    Bukan jua kerana keduniaan
    Mekar hidup disiram Nur Kasih

    Ya Allah…
    Kurniakanlah kami
    Isteri dan zuriat yang soleh
    Sebagai penyejuk mata

    Kurniakan daku serikandi
    Penyejuk di mata penawar di hati
    Di dunia dialah penyeri
    Di syuga menanti… dia bidadari

    Kekasih sejati teman yang berbudi
    Kasihnya bukan keterpaksaan
    Bukan jua kerana dunia
    Mekar hidup ini disirami Nur Kasih

    Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian
    Penentu jodoh pertemuan
    Seandai dirinya tercipta untukku
    Relaku menjadi miliknya…

    ReplyDelete
  4. aku pun peminat ustaz asri... memang sangat dirasai... T__T

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...