Pages - Menu

3.4.11

Bapa Sahabat Baik Kemalangan, Mohon Doa Daripada Kalian

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA ('',)

Dua hari lepas, lewat petang saya terima banyak panggilan  daripada kawan2, petang tu kebetulan balik dari sekolah agak lewat. Saya terus rebahkan badan tertelap macam tu saja. Selalunya hp ni jarang saya bunyikan, lebih suka silent mode saja, tu punca orang call selalu tak sedar....masalah juga. Kadang2 bunyi hp ni satu gangguan. Sedar saja dari tidur dah banyak tertera panggilan tak dijawab. Terus buka sms, maklumkan  ayah kepada sahabat baik saya, Pak Cik Rosli kemalangan teruk. Difahamkan beliau kemalangan antara motor dan motor.

Petang tu juga, Naim (kawan baik) terus balik ke Kedah, sambil dua orang kawan teman dia memandu. Saya rasa terkilan sangat sebab tak sedar panggilan tu. Naim nak ajak saya balik sekali petang tu, sebab tu banyak panggilan tak terjawab. Memang rasa sangat bersalah....Ya Allah...sedar dari tidur terus call, diorang dah otw dah...minta maaf sangat2.

Pak Cik Rosli masih di ICU, Hospital Sultanah Bahiyyah, Alor Star. Keadaannya masih tidak sedar, saya dapat mesej keadaannya agak kritikal, tapak tangan dan tangan patah dan beberapa tulang rusuk turut patah. Tak terbayang rasa....Ya Allah..Saya menyeru semoga sahabat2  turut dapat mendoakan kesihatan Pak Cik Rosli supaya pulih sedia kala dan moga Allah meningkatkan kesabaran sahabat saya, Naim sekeluarga. Amin.

* Minta maaf sekali lagi kepada semua sahabat, buat masa ni saya tak dapat nak jenguk2 blog kalian. Sibuk dengan siapkan tesis Pengajian Melayu  bagi tahun akhir pengajian.  Yang baru singgah ke sini jangan lupa tinggalkan jejak anda. InsyaAllah, saya terus mendoakan kalian sihat2 dan ceria selalu. Berwaspada di jalan raya. Memang rasa sangat bersalah sebab tertidur....pengajaran lepas ni  jangan silent mode telefon lagi.

5 comments:

  1. MOGA SEMBUH CEPAT INSYALLAH, AMIN !

    ReplyDelete
  2. sama2 kita doakan agar pak cik rosli cpt pulih...amin....

    ReplyDelete
  3. smoga p.cik rosli cpat sembuh...dan diberi kkuatan keluarganya dalam mengharungi ujian dr ALLAH..

    lain kali bukak volume kuat2..xelok tdoq byk sgt =p

    bittaufiq wannajah n gd luck 4 ur tesis..buat yg trbaik..jgn mls2..

    smoga dipermudahkan sgala urusan =)

    ReplyDelete
  4. semoga pakcik tu pulih sediakala..

    kami doakan....

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...