Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA ('',)
Entri khas untuk seorang sahabat blog saya, Bro Solihin Zubir(SZ) yang mengalami penyakit yang masih "misteri" untuk dirungkaikan. Dikisahkan, beliau yang baru sahaja sembuh daripada sakit Bengkak Kelenjar, sekarang datang pula dugaan yang baru. Makin tinggi iman, makin kuat ujian.
Moga kesabaran ni dapat meningkatkan darjat kita disisi-NYA. Penyakit sekarang datang tak menentu, kepada sahabat2 yang turut mengalami simptom2 yang "pelik", cepat2 lah berjumpa dengan doktor atau pakar.
Harap Bro SZ cepat sembuh dan dapat terus berblog dengan gembira. Kepada sahabat2 masih belum mengenali beliau terus sahaja terjah blog SZ ni, moga bermanafaat dengan entri yang sempoi2 darinya. ('',)
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.” (Abu Daud)
Huraian
1. Setiap penyakit ada ubatnya, jika bersesuaian ubat tersebut, maka ia akan sembuh dengan izin Allah S.W.T.
1. Setiap penyakit ada ubatnya, jika bersesuaian ubat tersebut, maka ia akan sembuh dengan izin Allah S.W.T.
2. Meskipun Islam mengharamkan penggunaan bahan-bahan tertentu seperti najis, air kencing, alkohol dan sebagainya untuk tujuan perubatan namun terdapat keadaan di mana seseorang itu diberi keharusan (rukhsah) untuk berbuat demikian iaitu bilamana berada dalam peringkat darurat (kecemasan) dan tiada lagi ikhtiar-ikhtiar lain yang boleh dilakukan. Atau dengan lain perkataan diharuskan untuk yang terpaksa.
3. Dalam masalah ini pengambilan benda-benda yang haram sebagai ubat hendaklah sekadar perlu sahaja bagi menyembuhkan penyakit yang menimpa. Manakala rawatan tersebut mestilah dikendalikan oleh seorang doktor Muslim yang dipercayai tentang agama dan ilmunya.
4. Rukhsah ialah hukum keringanan yang disyari'atkan oleh Allah dalam keadaan- keadaan tertentu (iaitu ketika dharurat) manakala pengertian darurat pula ialah kesusahan yang memudaratkan iaitu bencana yang tidak ada sesuatu yang boleh mencegahnya.
5. Selaku seorang Islam kita diwajibkan berikhtiar untuk mendapatkan rawatan yang halal dan menjauhi perkara yang haram apalagi yang melibatkan perbuatan syirik kepada Allah.
ya allah....peliknye....mcm kena gigit nyamuk...
ReplyDeletemoga beliau cepat sembuh....
Ya Allah.. smpai buat entry plak sahabatku ini.. susah2 je..
ReplyDeleteterima kasih byk2..
Alhamdulillah.. kaki semakin ok..
merah2 semakin pudar..
syukran.. semoga Allah memberkati saudara.. Alhamdulillah..
السلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteMoga sahabat saudara cepat sembuh..
semoga SZ cepat temui penawarnya......
ReplyDeleteIni macam gangguan dan serangan angin jahat, saya pernah kena macamni di bahagian lutut mcmni jgk, tapi tidak teruk seperti ini... alhamdulillah sudah baik.
ReplyDelete