Salam untuk semua, moga dirahmati
Tulisan kali ini untuk membuat teguran terhadap beberapa pandangan ISMA tentang suasana umat Islam dan politik semasa. Mungkin sebelum ini aku ada "cuit2 manja" di FB, bukanlah bermakna membenci kerana aku juga pernah nyatakan sokongan ISMA bergerak sebagai NGO yang bakal bertanding dalam PRU13 nanti, dikhabarnya mereka berhajat menjadi kuasa ketiga yang menjadi kumpulan pendesak kepada partisan yang sedia ada. PRU13, landskap politik sedikit berbeza apabila kuasa ketiga bakal membuat impak besar kepada politik tanah air, tetapi sejauh mana kebenaran atau sekadar visi yang angan2?