Pages - Menu

24.4.12

BERSIH 3.0 DUDUK dan BANTAH | Pandangan Aku


Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA

Aku post semula entri BERSIH 2.0, sahabat2 boleh baca dan nilai semula. Ni sekadar pandangan aku secara peribadi. Pandangan tidak semestinya betul dan perlu diterima bulat2...yang baik diterima yang keruh dibuang~

BERSIH 3.0 DUDUK BANTAH
Tuntutan Bersih 2.0 :
1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor


1.  BERSIH sistem pilihan raya akan membawa kebaikan kepada rakyat kerana mereka mempunyai hak untuk memilih siapa pemimpin yang mampu menerajui negara. Kebaikan ini akan diperoleh oleh semua, tidak kira apa jua parti yang disokong.

3. Undi pos perlu dimansuhkan di dalam negara kerana menimbulkan pelbagai keraguan setiap kali menjelang pilhan raya. Reformasi undi pos dengan mewujudkan undi pos kepada rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara yang tidak dapat pulang ketika hari pilihan raya berlangsung. Pilhan raya lebih berkualiti apabila setiap warganegara mempunyai hak untuk mengundi walaupun berada diperantauan.

4.
Penggunaan dakwat kekal telah digunakan di banyak negara maju. Perkara ini juga untuk menghalang "pengundi hantu" yang berkeliaran dan menyekat mereka  yang aktif mengundi atas nama kad pengenalan orang telah mati.

5. Akses media diberikan secara adil dan telus untuk parti politik yang bertanding. Calon -calon yang bertanding tampil dalam satu slot TV untuk menyatakan manifesto masing-masing. Rakyat bebas untuk membuat penilaian yang lebih adil dan matang terhadap calon yang bakal mewakili suara mereka di dewan rakyat/negeri.

6. Masa berkempen minima 21 hari boleh memberikan lebih banyak ruang dan masa kepada para calon yang bertanding untuk menyatakan pembaharuan yang bakal dilakukan. Calon dapat melakukan lawatan ke segenap penjuru kampung yang ditandingi dengan lebih berkesan. Apakah cukup 7 atau 10 hari berkempen apabila seseorang calon itu bertanding di sebuah Parlimen di Sarawak yang punya keluasan yang luas dan perhubungan yang terhad? Sudah pasti perkara ini membebankan setiap calon tidak kira apa warna parti yang ditandinginya.

7. Pengukuhan badan awam seperti badan kehakiman, polis, penjawat awam yang lain bukan sahaja memberi kesan baik terhadap pilihan raya tetapi kesan jangka panjang kepada kualiti perkhidmatan awam supaya bebas daripada sebarang pengaruh politik. Mereka dapat bertugas dengan aman tanpa ugutan, kongkongan dan rezeki yang berkat membawa kepada negara yang sejahtera.

8. Hentikan rasuah. Skop lebih luas, rasuah merupakan punca utama kepada kemunduran dan kemiskinan yang teruk. Contoh terdekat ialah negara Indonesia dan Bangladesh yang sukar membangun dengan baik kerana gejala rasuah yang kronik. Skop pilihan raya, ketelusan dan kejujuran wakil rakyat boleh mengelakkan wujudnya aktiviti "lompat parti" seterusnya mengecewakan pengundi yang memilihnya atas parti yang lain.

9. Parti politik akan bertanding secara adil dan bertanggungjawab disamping dapat mematangkan lagi setiap parti. Kematangan turut dirasai oleh para pengundi apabila sistem pilihan raya berjalan dengan  adil dan saksama.

10. (Tambahan baharu) Hentikan politik kotor. Kotornya politik hingga memualkan, setiap waktu dan masa rakyat di"lucah"kan pemikiran mereka dengan berita2 politik lucah demi kepentingan individu berkuasa. Apakah dengan menyiarkan video2 lucah, berita2 lucah mengambarkan kebijaksanaan dan kematangan sistem politik dan pentadbiran Malaysia?

Di atas merupakan pandangan peribadi. Aku menyokong penuh 8 tuntutan BERSIH, dan sangat berharap BERSIH akan berlangsung dengan aman walaupun timbul pelbagai provokasi negatif. Nasihat kepada semua aktivis yang terlibat, anda diingatkan mengikut segala arahan ketua himpunan dan tidak terlibat dalam apa jua provokasi yang boleh merosakkan matlamat sebenar BERSIH. 

Kebangkitan negara-negara Asia Barat seperti Tunisa, Algeria dan Mesir berpunca daripada sistem pilihan raya yang kotor dan penuh konspirasi. Sebagai rakyat bebas, anda berhak untuk berhimpun secara aman, polis tidak punya kuasa untuk menghalang. Perkara ini juga disokong oleh Prof Dr. Aziz Bari (Pakar Undang-undang, pensyarah undang-undang UIA) dan Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin (Bekas Mufti Perlis).

58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. [Surah An Nisaa']

8 comments:

  1. Kalau undi kita dijalankan dgn bersih, payahlah.... Macam mana nak menang jika bermain bola dlm pdg yg sama rata? Selama ini kemenangan dibantu oleh pdg yg tak sama rata - sebelah elok, sebelah lagi sangat teruk. Ditambah dgn pengadil yg suka memberi kad merah kpd pasukan yg dia tak suka, tapi jika pasukan yg dia suka pemain pertahanan pegang bola di tepi palang gol pun dia tak keluarkan kad dan tak beri penalti pun....

    ReplyDelete
  2. payah untuk kita memerdekakan minda ke arah perubahan...zon selesa dan anggap itu yg terbaik...so memberi kesedaran dan menyedarkan mereka adalah tanggungjawab bersama....

    ReplyDelete
  3. Bersih perlu untuk mencuci dan menghapus si degil

    ReplyDelete
  4. Bersihkan minda bersih jiwa... buat pilihan tepat...

    sebenarnya kalau ada yang bantah maka maksudnya mungkin ada yang tak kena...

    mesej disampaikan bertujuan sebagai pembaikkan harus dipandang serius

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    sport rim rs watanabe

    ReplyDelete
  5. assalam, kjaan patut dgr hasrat rakyat agar rakyat terus taat...

    ReplyDelete
  6. bersihkan kan dengan pencuci jenama 3.0!... paling cantik tok sah tengok berita tv yang memualkan...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...