Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)
Puasa bukan sahaja menahan diri daripada makan dan minum sahaja tetapi mengekang hawa nafsu daripada perbuatan yang sia-sia. Beerti jihad berpuasa juga menuntut kita menjaga pandangan mata, telinga, mulut dan hati supaya selari dengan tuntutan syarak. Menahan pandangan daripada perkara yang haram, menahan pendengaran dan percakapan daripada perkara yang sia-sia, akhir sekali menjaga hati supaya sentiasa ikhlas dan mengharapkan keredhaan dari-NYA.
Sabda Rasulullah s.a.w. setelah pulang dari perang Badar ."Kita telah pulang dari jihad yang kecil (peperangan) dan kita menuju kepada jihad yang lebih besar. Para sahabat berkata: Apakah jihad yang lebih besar? Rasulullah s.a.w. bersabda: Jihad menentang hawa nafsu".
Segala tuntutan itu bukan sahaja beerti mendefiniskan "puasa" itu sendiri, tetapi secara tidak langsung mendidik diri kita semasa berada "universiti" Ramadhan supaya sukses semasa proses pentarbiahan. Akhir sekali momentum kejayaan di "universiti" Ramadhan diteruskan apabila melangkah keluar dari pintu Ramadhan nanti.
Soalnya, Apakah kita sudah bersedia menyiapkan diri untuk ke "universiti" tersebut? Apakah kejayaan Ramadhan sekadar terhenti di kala menjelangnya bulan Syawal? Bersama-sama renungkan...peluang kita adalah sama semasa di dunia, tetapi berbeza dikala hitungan amal di akhirat kelak. Justeru, rebutlah segala ruang dan peluang yang ada di "universiti" Ramadhan yang mulia ini.
Hadith al-Bukhari dan Muslim, “Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam diri anak Adam melalui saluran darah. Maka sempitkanlah perjalanannya dengan berlapar”.
wahh!
ReplyDeletesuke!peringatan baik nih!
nafsu musuh utama sebenarnye an
salam ramadhan empunye belog!
>____<
salam, semoga sama-sama kita mengambil kesempatan berada di universiti ramadan ini untuk menjadi insan yang bertakwa...Insya-Allah.
ReplyDeletekelayakan minima kemasukan ke 'universiti Ramadhan' mungkin semua umat Islam layak.
ReplyDeletetetapi adakah mahasiswa/i nya nanti akan grad dengan 'ijazah kelas pertama' atau sekadar lulus dengan sijil 'ijazah' semata?
hihi. panjang pula komen.
selamat menghadapi bulan Ramadhan.
Nelly The Strange mengucapkan selamat berpuasa ya !!!
ReplyDelete:)
alhamdulillah, samapi ketemu juga ramadhan tahun ini... mari raih peluang "belajar" dan "berlatih" ni dengan hati yang ikhlas... insyaallah... mendapat keberkatan...
ReplyDeleteRamadan bulan yg mulia..
ReplyDeleteTertutup pintu-pintu neraka..Terbuka pintu-pintu syurga..Syaitan-syaitan dibelenggu.
”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
Ucapan Selamat Berpuasa & berbuka
selamat berpuasa semoga dirahmati
ReplyDeleteterime kasih , selamat berpuase :)
ReplyDeleteselamat menunaikan ibadah puasa,
ReplyDeletesemoga ibadah puasa pada kali ini lebih baik dari sebelumnya,
Kejarlah pahala yang berlipat kali ganda yang telah dijanjikan oleh Allah SWT..:)
selamat menjalani ibadah puasa :)
ReplyDeleteinsha Allah. fastabiQul khairat!
ReplyDeletemenarik..satu tazkirah buat diri...
ReplyDeleteselamat berpuasa dan beribadah!!
terlalu banyak harapan yang ditanam untuk ramadhan kali ini..
ReplyDelete*ada anak murid amal nama azhan jugak... hihihihi...**