Pages - Menu

13.6.11

Skuad Olimpik Malasyai Dibelasah Skuad Olimpik Qatar 4-0 Pada Persahabatan Malam Tadi



DOHA 14 Jun – Skuad Olimpik Malaysia yang dalam rangka persiapan menghadapi perlawanan prakelayakan Olimpik menerima tamparan hebat apabila kalah 4-0 kepada skuad Olimpik Qatar pada perlawanan persahabatan di Stadium Al Sadd, di sinii.

Beraksi dalam suhu panas dan kering, anak-anak buah Ong Kim Swee ketinggalan dua gol dalam tempoh lapan minit sebelum Qatar menambah lagi dua jaringan pada minit ke-33 dan 38. Skuad Olimpik negara melepaskan peluang terbaik mendapatkan gol tunggal apabila pengadil memberikan sepakan penalti selepas Wan Zack Haikal dijatuhkan lawan tetapi Mohd. Fandi Othman gagal menyempurnakan sepakan.

Dalam perlawanan berkenaan, Kim Swee menurunkan kesemua pemain kecuali Khairul Fahmi Che Mat dan Zubir Azmi. Skuad Olimpik Malaysia bakal berdepan Lebanon pada 19 Jun ini pada perlawanan timbal balik pertama pusingan kedua kelayakan Olimpik sebelum bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil, 23 Jun. - Utusan


Azhan: Keputusan yang telah dijangka...dengan Kemboja pun kena sebijik hari tu...corak permainan memang longgar, aku tak nampak kekuatan skuad muda ni di mana...barisan serangan tumpul. 

Jika dibandingkan skuad kebangsaan yang menjadi juara Piala Suzuki lepas, corak permainan pantas dan bola rendah lebih berkesan diterapkan oleh Rajagopal. Ramai pemain yang menjuarai Piala Suzuki lepas diserapkan dalam Skuad Olimpik(bawah umur 23). Harap coach Kim Swee boleh baiki serta ubah lagi mutu dan corak permainan supaya lebih mantop! 

Malam ni dalam perancangan ke Stadium Darul Aman...deal dengan seorang blogger otai nak jumpa sana...harap dia jadi lepak sekali~


7 comments:

  1. Menghabiskan duit rakyat ye dik. Eh.. tak baik betuk kakak nie kan:)

    ReplyDelete
  2. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    اسلام عليكم

    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    Sejarah mitsubishi lancer dan enjin mivec

    eeeemmm jangan patah semangat lahhhh walau kena belasah terukkkk...

    ReplyDelete
  3. kena belasah teruk tu...hu.hu.hu...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...