N9 diserang racun rasuah...
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, pihaknya percaya lebih 15 orang termasuk bahagian pengurusan terbabit dalam kes itu selepas masing-masing mengaku menerima RM2,000 setiap seorang. “Namun, kita masih lagi menyiasat perkara ini dan tidak menolak kemungkinan ia turut berlaku dalam Liga Super berdasarkan aduan diterima,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Katanya, pihaknya juga mengesan dalang yang mengatur keputusan perlawanan bagi membantu siasatan kes bookie bola itu.
Sebelum ini, akhbar ini melaporkan, 20 pemain termasuk pemain simpanan Piala Presiden Negeri Sembilan dipanggil SPRM Jumaat lalu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengatur keputusan perlawanan membabitkan skuad itu pada musim ini. Sumber SPRM ketika dihubungi berkata, semua mereka dipanggil mulai awal pagi kelmarin dan keterangan diambil berperingkat sehingga lewat petang di pejabat SPRM di sini. [Metro]
Azhan: Dulu dah jadi benda ni, la timbul balik...habislah masa depan budak-budak tu. Kesian penyokong yang tak putus-putus bagi sokongan.
ada jgk dengar. heh btl2 rpye
ReplyDeleteikan buruk dari kepala
ReplyDeleteingatkan politik je ada rasuah, rupanya dalam games pun ado....teruk nih
ReplyDeletenak buat mcm mana..FIFA sendiri pun penuh rasuah....hihihi
ReplyDeleteJoomla!