Pages - Menu

22.6.11

KL Gangster Terbaik | Tengok Wayang Dengan Mak dan Ayah?


Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA

Tadi aku lepak dengan 2 orang member tengok wayang KL Gangster...kali pertama aku tengok wayang cerita Melayu, aku boleh kasi 4.5 bintang. Aku tak perlu nak ulas lagi tentang ni, rasanya ramai blogger dah ulas tentang cerita KL Gangster ni...cuma satu saja, part aksi lawan tu kurang seni sikit...nampak kekok/kaku dan ada part yang tak nampak real action...tak kisah sangat yang tu, apa pun cerita tu terbaik! Tersentuh hati part ibu merintih kepada kepada anak yang jahat...

Aku tak la minat sangat tengok wayang ni, tapi kadang2 sekadar nak tahu juga perkembangan. Sebelum masuk hall...aku bual jap dengan member...dia terpandang sebuah keluarga ni, dia tertarik lihat sesuatu. Aku pun join sekali tengok...apa benda la mamat ni dok tengok.  Di satu sudut kaunter masuk, kelihatan Mak Ayah dan 2 orang anak perempuan masuk tengok wayang sekali...?  Member aku kata dia suka macam tu...awal tu aku tak ambil kisah sangat...bagi aku mungkin gaya hidup orang bandar...

Wayang memang sinonim dengan remaja, yang pasti majoriti datang berpasangan...tak cukup dengan wayang yang ditayangkan...ada pula wayang yang "diciptakan". Tindakan mak ayah tadi rasaya lebih baik daripada membiarkan anak mereka hanyut keluar dengan lelaki yang sah haram...dapat juga dipantau, dibimbing daripada biar berbarah...Dalam berhibur boleh juga eratkan hubungan keluarga...Fuhhh! dunia makin moden, mendidik anak pun makin mencabar, sekali mak ayah kena turun padang~


*Dalam berhibur anak-anak perlu dibimbing perkara yang mana salah dan betul...?

9 comments:

  1. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    balut sarung seat door trim dan dashboard kereta

    eeeemmm mmg ramai yang kata filem ni sedap... but mmg belum tengok lagi lahhh...

    eeeemmmm mak ayah semakin sporting teman anak-anak tengok wayang.... bagi aku bagus lahhh dari keluar tengok wayang dengan tah sapa... baik mak bapak joint sekali

    ReplyDelete
  2. cita ni mmg meletup la.. pecah rekod maaa..

    ReplyDelete
  3. dulu kecik kecik bapa selalu bawa saya tengok wayang...

    ReplyDelete
  4. biar anak-anak mengenali pekida

    ReplyDelete
  5. tak penah gi tengok cita melayu di wayang...slalunya tengok apa yg ditayang di tv je...singgah sini utk kunjung balas APKPA...tapi azhan tak join ke?tak nampak pun entri APKPA

    ReplyDelete
  6. saya setuju sgt2.sebagai ibubapa kita kena sesekali menjadi seperti mereka barulah kita fhm dunia mereka dan senanglah kita menyelesaikan masaalah anak remaja.bukan ikut pemikiran kita sahaja

    ReplyDelete
  7. baguslh kalau camtu..sekurg2nya ibu bapa turut jd pemantau anak2....

    ReplyDelete
  8. best nye da tgok cte tuh . dgn parents lak tuh . hurmm bile la dpt tgok kan :(

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...