Pages - Menu

7.6.11

Cerita Orang Kampung Kita...[Part 7] | Otak Siapa Yang Paling Mahal Dijual?


Di suatu pagi yang nyaman, kampung nelayan seperti biasa sentiasa ceria dan harmoni. Kehidupan penduduk kampung sentiasa mesra dan tidak lekok dengan senyuman apabila bertemu sesama mereka. Keindahan ini sudah jarang-jarang kelihatan pada jiwa anak-anak muda kampung yang lebih gemar berhijrah ke bandar mencari kehidupan yang lebih jauh berbeza.

"Pak Mail,cuba tengok ni...saya dah cakap dah dia ni memang salah...sah dia yang buat benda tak senonoh ni" Botak meneguk secawan kopi tarik sambil ditunjuknya petikan akhbar tu sendirian. Pak Mail masih kelihatan mundar mandir membawa air kepada pelanggan lain.

"Apa yang kecoh tu Botak...mahkamah belum putuskan apa lagi kan...?" Celah Pak Man yang turut bersama menikmati sarapan pagi di gerai tersebut.

"Betul tu...mengikut perundangan Islam, si penuduh perlu menghadirkan 4 orang saksi yang benar, jika tidak si penuduh boleh disebat 80 kali..." Tambah Pak Habib, seorang bilal kampung tersebut.

Tercengang seketika Botak...kata-kata Pak Habib seperti petir yang membunuh semangatnya di awal pagi yang ceria ni...Pak Mail yang sibuk tadi mula mendekati sahabat-sabahatnya yang sedang hangat berbahas.

"Kau tahu Botak...dalam dunia ni, bangsa apa yang paling mahal kalau dijual OTAKnya..? Soal Pak Mail serius. Yang lain mula memberikan perhatian.

"Biar betul Pak Mail. Bangsa apa tu..? Saya pun tak tahu. Soal Botak kembali. Botak membetulkan kedudukan dan kain pelikatnya.

"Otak bangsa Melayu lah...sebab bangsa Melayu ni malas berfikir, masih banyak ruang kosong dalam kepala tu." Jawab Pak Mail, mukanya  serius walaupun penuh sindiran.

"Orang Melayu sukar berubah...sentiasa angguk dan patuh apa yang dibaca, jauh sekali untuk berfikir dan mengkaji." Pak Man menyampuk dengan rumusan yang lebih padu dan jitu. 

Botak terdiam menelan air liur. Kali ni ribut taufan pula yang melanda jiwa.



11 comments:

  1. kadang kala betul...adakalanya tidak...

    ReplyDelete
  2. betol jugak..
    kita jgn biar kan bangsa lain yg menguasai kita..
    =D

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Yob Mohammad, apa nak jadi dgn negara kita ni...fitnah tak abis, abis, pas satu, ada lagi.

    ReplyDelete
  4. otak paling mahal, otak yg langsung xdgunakan..

    ReplyDelete
  5. sebelum nk tuduh baik fikir byk kali......

    ReplyDelete
  6. hmm, banyak yg boleh dipelajari daripada masyarakat.......

    ReplyDelete
  7. Sayangnya ada yg berkuasa menggunakan otaknya memaksa org ikut perintah sepertimana otaknya berfikir....

    ReplyDelete
  8. ngeeeee~~~~
    kena setepek.. haha..
    so, jgn ikut cara melayu..
    ikutlah cara Islam.. heheh..

    ReplyDelete
  9. otak yg mahal otak yang cair, otak yg beku tak laku huhu

    ReplyDelete
  10. tapi paling kesian orang yg ada otak tapi letak kat tapak kaki..grrrr

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...