Pages - Menu

18.5.11

Rachel Corrie | Semangat Rachel Corrie Terus Dibawa Ke Gaza.

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Luar biasa semangat Rachel Corrie dalam mempertahankan hak rakyat Gaza...tragedi berdarah ini berlaku pada 2003.


Kapal yang diambil sempena nama Rachel Corrie ditembak baru-baru ini oleh tentara laknat Yahudi semasa menuju ke Gaza. Kapal R.Corrie dijangka berlabuh di perlabuhan terdekat untuk bantuan melalui darat.

Kenali Rachel Corrie 

Pada 30 Mac 2010, sebuah kapal seberat 1800-tan telah dibeli melalui lelongan di Dundalk, Ireland dgn harga 70,000 pound sterling oleh Gerakan Pembebasan Gaza (Free Gaza Movement).

Ianya telah diperbaiki dan diperlengkapkan untuk pelayaran ke Gaza.

Kapal itu dinamakan Rachel Corrie. Siapakah Rachel Corrie?

foto Kapal Rachel Corrie - Siapa Rachel Corrie?
Rachel Aliene Corrie (April 1979 - March 16, 2003) adalah seorang warga Amerika dan ahli International Solidarity Movement (ISM).

foto Kapal Rachel Corrie - Siapa Rachel Corrie?
Dia telah dibunuh dengan kejam oleh Tentera Yahudi ketika percubaan menghalang jentolak Zionis meruntuhkan rumah saudara kita penduduk Palestin yg bernama Samir Nasrallah di Semenanjung Gaza.

foto Kapal Rachel Corrie - Siapa Rachel Corrie?
Pihak Yahudi yang terkenal dengan sifat yang keji telah menafikannya tetapi bukti dan saksi telah berjaya menunjukkan memang dia telah dilanggar dan dengan sengaja.
Menurut akhbar, Corrie dan rakan-rakan beliau bertindak menjadi Perisai Manusia. Beliau yang mengambil cuti setahun dari pengajiannya di Evergreen State College telah ke Palestin untuk menyertai Intifada ke 2.

foto Kapal Rachel Corrie - Siapa Rachel Corrie?
Beliau telah meninggal dunia akibat cedera parah akibat tekanan melampau pada dada yang menyebabkan tulang rusuk, tulang belakang, skapula dan dorsal spinal column, paru-paru kanan koyak dengan pendarahan teruk di kaviti pleural.

foto Kapal Rachel Corrie - Siapa Rachel Corrie?
Dia dilanggar oleh Bulldozer Yahudi sebanyak 2 kali, ya 2 kali dan Yahudi masih mengatakan ianya kemalangan.

foto Kapal Rachel Corrie - Siapa Rachel Corrie?

Azhan: Mengimpikan mati syahid adalah pengakhiran yang terbaik...

8 comments:

  1. islam dipihak kemenangan dulu kini dan selamanya...

    ReplyDelete
  2. @jaya: sedih aku baca pasal si Corrie ni..

    ReplyDelete
  3. mngimpikan husnul khatimah (T_T)

    ReplyDelete
  4. zionis bebas buat apa sahaja sesuka hati...

    Siapa yang beranai hukum zionis ?

    Gajah Liar . Part 2

    ReplyDelete
  5. pernah tgk dan baca kisah tu dulu.. tapi tak tau plak nama kapal tu sempena nama dia... kita pun belum tentu lagi berani dan pya semangat seperti itu kan...

    ReplyDelete
  6. salam sahabat semua, semoga kisah seorang perepmpuan yang bukan Islam ni dapat menyentap jiwa2 umat Islam yang membaca kisah Rachel Corie

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...