Suasana pagi di kampung nelayan mengimbau pelbagai kisah suka duka penduduk yang sudah lama menetap di situ sejak turun temurun lagi. Disuatu sudut pantai terdapat sebuah gerai usang yang masih utuh dan sentiasa dikunjungi ramai pelanggan.
"Bila kamu pulang Nisa..? Lama kamu bercuti ya..?" Sapa Pak Mail kepada seorang anak gadis kampung yang belajar jauh di rantau orang. Dia juga merupakan anak kedua kepada Pak Man.
"Baru seminggu pulang ke sini Pak Mail, cuti sehingga hari raya nanti. Lepas tu saya akan balik semula ke Qatar sambung lagi setahun pengajian kat sana." Jelas Nisa dengan lembut dengan wajah yang cantik serta sopan santun. Nisa datang ditemani Amin, adik lelakinya untuk membeli sedikit juadah sarapan pagi yang dikirim oleh ibunya.
Dari jauh, suatu ruang meja beberapa orang anak gadis sibuk berbincang sesuatu sehingga menarik perhatian Mak Siti, isteri kepada Pak Mail yang kelihatan tengah sibuk membacuh beberapa gelas air. Sesekali Mak Siti memandang ke arah sudut tersebut. Beberapa minit kemudian, Mak Siti membawa air yang dipesan oleh sekumpulan anak gadis itu.
"Syikin,...apa yang kamu sembang sakan dengan kawan-kawan kamu ni. Dari dapur pun Mak Siti boleh dengar..." Soal Mak Siti tersenyum sambil meletakkan gelas air di meja tersebut.
"Ni Mak Siti, tentang pemenang program realiti baru ni...si Senah ni, dia tak suka si dia ni menang." Syikin mula menjelaskan.
"Betul la Mak Siti, suara dia tak sedap mana pun. Macam mana lah boleh menang." Senah mula menyampuk kata-kata Syikin. Mak Siti masih tercegat mendengar.
"Program realiti apa tu...? Rancangan apa kamu cerita ni. Mak Siti tua-tua ni tak berapa tengok dah tv ni..." Mak Siti mula bercerita. Kelihatan kelibat Nisa datang mendekati Mak Siti sambil menghulurkan salam.
"Apa yang kecoh-kecoh ni Mak Siti, sampai depan kedai pun saya dengar tadi." Soal Nisa pula sambil dia tidak lupa untuk bersalaman dengan sahabat-sahabat lamanya. Mereka dulu satu geng mandi laut dan tangkap ikan belacak.
" Ni tentang program realiti baru-baru ni...Mak Siti pun tak tahu menahu sangat pasal ni.." Balas Mak Siti.
"Ohhhhhh...pasal tu rupanya...tak perlu lah nak berbalah pasal artis ni. Lagi pun kita umat Islam sudah ada idola terbaik iaitu junjungan besar nabi kita. " Nisa mula melontarkan beberapa nasihat kepada mereka dengan nada yang lemah lembut.
"Di akhirat kelak Rasulullah yang nak memberikan syafaat kepada umatnya, bukan artis yang kita puja-puja sekarang ni..." Tambah Nisa lagi.
"Ha...kau dengar tu Senah...Kau pula nak kecoh lebih tadi. Biar saja lah siapa yang menang pun." Bedah kawan Syikin mula menyampuk. Senah diam membisu, merah seketika wajahnya.
"Nisa...bila kita nak mandi pantai ramai-ramai ni. Kebetulan kau dah balik cuti ni." Senah mengalih perhatian semua.
"Bila lapang korang semua datang lah rumah aku dulu ek...saya pulang dulu ya Mak Siti." Pesan Nisa kepada mereka, Nisa mula membuka langkah untuk pulang selepas beberapa kali dipujuk oleh Amin tadi.
Koleksi
ni cerita berepisod ker?
ReplyDelete@the lekat lekit: episodnya berkisar di kedai Pak Mail saja =) hehe
ReplyDeleteKakak nak tanya dah jadi novel ke belum? Atau kakak kena masuk rumah azhan tiap-tiap hari. Kakak suka baca novel tau. Kalau dah jadi novel mudah kakak nak beli saja...
ReplyDelete@kakzakie: Belum lagi kak...jauh lagi tu nak jadi novelis..hehe. saya sendiri tak suka sangat baca novel.hehe. Terima kasih kak sudi selalu datang ke sini =) cerita ni sekadar disampai dalam bentuk kisah yang mempunyai mesej tertentu =)
ReplyDeletenovel ek....bagus bahasanya =)
ReplyDeleteehem! nice entry..padat dgn msg..
ReplyDeletethanks..moga trgolong dlm golongan yg sntiasa berkata yg baik2.
"Kata-kata yang baik itu sedekah" (Hadis riwayat Bukhari)