Pages - Menu

14.4.11

Perjalanan Hidupku Singkat...

Salam untuk semua, harap sihat2 belaka ya ('',)

Esok habis kelas, terus balik Kedah, kawan2 rumah sewa ni semua nak balik sama. Kami sewa van balik ramai2, hajatnya nak ziarah keluarga ibu kepada kawan baik, Muhamad yang  sedang tenat sekarang. Mudah2an perjalanan esok dari KL-Kedah selamat dan dipermudahkan.amin. 

Sedang saya menaip ni, saya baru terima panggilan daripada Muhamad, dia maklumkan yang ibunya telah kembali ke rahmatullah sebentar saja tadi. Tak dak rezeki nak ziarah ibunya kali terakhir. Apabila sampai sahaja detik kematian tidak akan dilambatkan walaupun sesaat dan tidak akan dicepatkan walaupun sesaat. Hakikat kematian yang pasti dirasai oleh semua.

Diriwayatkan dari Imam at-Tirmizi dalam himpunan hadis dari Abdullah Bin A'mru telah berkata: Bersabda Nabi Sallahu Alaihi Wasallam: Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur.

Insyaallah saya dan kawan2 lain akan ziarah keluarga arwah hari sabtu ni. Kepada sahabat2, jom sama2 sedekahkan Al Fatihah untuk allahyarham ibu kepada sahabat saya, Muhammad. Sekian...jika dipanjangkan usia, ter"update"lah blog ni minggu depan. Moga Allah merahmati ruhnya,amin.

12 comments:

  1. Al Fatihah buat arwah....kita pasti menyusulinya.

    ReplyDelete
  2. salah takziah untuk dia.....banyakkan sedekahkan al-fatihah n surah yaasiin..

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah buat arwah n semoga keluarganya tabah n diberi kekuatan..

    semoga prjlnan azhan n rakan2 brjln lancar......

    ReplyDelete
  4. alfatihah buat arwah..smoga ditempatkan dlm klgn owg beriman...

    ReplyDelete
  5. smoga slamat smpai kedah la nowh....

    dan takziah buat saudara Muhammad..
    smoga allahyarhamah ibunya ditempatkan bersama org2 beriman..
    AL-FATIHAH...

    ReplyDelete
  6. salam utk teman2, terima kasih kerana mendoakan yang terbaik =)

    mudah2an perjalanan hari ni selamat dgn baik amin

    ReplyDelete
  7. al fatihah utk kawan baik...

    smoga muhammad tabah menghadapi ujian ni..

    smoga selamat pulang dan kembali ya..hati2..jgn nkal =)

    ReplyDelete
  8. Salam Yob Mohamad, Al-Fatihah buat Allahyaryamah dan takziah utk keluarga kawan awak tu. Semoga perjalanan awak selamat!

    ReplyDelete
  9. salam

    terima kasih anis dan moh kembara yo..

    moga ALlah merahmati kalian =)

    ReplyDelete
  10. Inna lillahi wainna ilaihi raji'un.... Moga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  11. ye hidup mmg singkat...

    al fatihah buat allahyarham...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...