Pages - Menu

17.3.11

Senarai Semak, Anda Layak Jadi Pemimpin Atau Tidak?


"Orang yang paling disayangi oleh Allah pada hari kiamat dan paling rapat kedudukan nya dengan Allah kelak ialah para imam yang adil". (Riwayat Tarmizi)

Justeru, Islam telah melakarkan kepada kita beberapa ciri yang perlu ada pada umara(pemimpin)-rabbani ini.:antaranya:

1 . Islam . Pemimpin itu mestilah seorang muslim yang benar-benar menghayati agamanya. Ini kerana islam tidak membenarkan adanya golongan kafir yang memerintah umat islam.

2 . Adil . Sifat ini perlu dimiliki oleh pemimpin umat islam, ekoran begitu pentingnya tampuk pemerintahan yang dipegangnya itu. Ia adalah ibarat penyaksian kepada terlaksananya hukum Allah atau tidak dimuka bumiNya ini. Sebagimana syarat penerimaaan syahadah dalam hukum jenayah memerlukan sifat adil ini, maka apatah lagi tugas besar memimpin umat islam.

3 . Ilmu. Golongan ulama dan umara perlu digabungkan untuk membentuk satu kesatuan bersepadu merencanakan arah geraknya masyarakat Islam didalam kehidupan seharian. Apatah lagi kalau sifat ini dimiliki pula oleh seorang pemimpin yang berwibawa dan berhemah tinggi.

4 . Melaksanakan hukum Allah.

5 . Bersikap sama rata dan tidak berlaku zalim.

Sepotong kata-kata jawapan yang telah dinyatakan oleh Al-imam Hasan al Basri kepada Amirul Mukminin –Umar bin Abd Aziz ketika ditanya tentang apakah kriteria sebenar seorang pemimpin umat islam dengan katanya,

" Sesungguhnya Allah telah menjadikan para imam yang adil itu adalah pembaiki kepada kerosakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman dan pembela kepada yang lemah, pembantu kepada yang dizalimi. Dialah yang melaksanakan hak-hak Allah kepada hambanya, mendengar ayat-ayat Allah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya, melihat tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya kepada mereka, berjalan diatas tali Allah dan mengajak manusia bersamanya, dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnya –menjaga harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-kali menghukum dengan cara jahiliah dan mengikut hawa nafsu mereka,tidak menyelusuri jalan orang-orang yang zalim, tidak bersifat dengan golongan pembesar mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustad'afin, dialah penjaga anak yatim, pembantu kepada orang–orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan menjaga kaum tua mereka."

Azhan: Pemimpin bermula dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara, tegakkan negara Islam dalam dirimu :)

5 comments:

  1. Salam, dik :)

    ISLAM - Amalkan ISLAM keseluruhannya.

    ADIL - meletakkan sesuatu pada tempatnya.

    ILMU - Jika mahukan dunia, dengan ilmu. Jika mahukan akhirat, dengan ilmu. Jika mahukan dunia dan akhirat, dengan ilmu.

    ~~~~ ;)

    ReplyDelete
  2. @siti muthiah: konklusi terbaik kak! :)

    ReplyDelete
  3. Setiap kita adalah pemimpin.Mudah-mudahan kita termasuk dalam kalangan pemimpin yang adil...amien...

    ReplyDelete
  4. Pemimpin yang adil di sanjung, pemimpin yang zalim di sanggah...
    =)

    ReplyDelete
  5. aku rasa masih belum layak utk jd pemimpin..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...