Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA ('',)
Apa khabar ya sahabat semua? Moga sihat2 dan ceria2 selalu. Beberapa hari ni saya kalut sikit dengan tugasan dan kerja yang perlu disiapkan. Ni pun ada lagi yang belum beres...Apa pun yang utama semua dah selesai, syukur. Tekanan sikit sem ni, dapat pula pensyarah otai yang jadi pembimbing/pemantau kepada praktikal, naik letih dibuatnya. Serba tak kena, semuanya kelihatan salah pada matanya. Sabar ja la...
Nak hilangkan stress buat kerja ni, saya sempat join konsert nasyid yang dianjurkan oleh PERMAS, UM semalam. Best! Harga tiket Rm3 saja, tapi sambutan kurang memberangsangkan. Mungkin tak ramai yang minat nasyid, atau ramai yang sibuk dengan tugasan. Apa pun, tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur. Mungkin lepas ni, perhebatkan promosi, insyaAllah akan lebih mendapat sambutan.
Nasyid bukan sahaja hiburan biasa tetapi penuh dengan kata-kata indah memuji Sang Pencipta dan Rasul-NYA. Jom layan gambar yang saya sempat ambil semalam....pakai hp murah ja. Maaf ya kalau gambar kurang menarik.hehe
Slaid tayangan sebelum bermula majlis...
Team nasyid baru, Elhamz...boleh tahan juga lagu yang dibawakan. Boleh pergi jauh kumpulan ni!
Devotees, ni memang tak perlu diperkenalkan lagi. Kepada peminat nasyid mungkin lebih arif tentang kumpulan ni. Ni pertama kali saya tengok konsert Devotees...terbaik lagu Tika Dinihari! (lirik)
Celoteh pengurusi majlis bersama kumpulan Devotess.
Penutup konsert oleh kumpulan Saujana, otai dah abg2 saujana ni...Jangan "Patah Hati" (lirik)
Kali kedua dapat tengok persembahan Saujana, sangat berbaloi...
Roomate, Apis (Blogger WarnadanAku) bergambar dengan kumpulan Devotees, TQ!
Apis bergambar dengan kumpulan Saujana...Apis ni penyanyi nasyid institut.
Terkejar-kejar lepas keluar dewan, semata2 nak ambil gambar dengan Saujana...huh!
Kenangan dengan kumpulan Devotees...Devotees baru terbit album baru...Jalan Sehala
Azhan: Tinggal kumpulan Hijjaz ja belum pernah tengok live...susah juga nak tunggu Hijjaz buat konsert ni..Cakap tentang nasyid ni, teringat pula saya kepada nama besar nasyid tanah air, arwah Ust Asri Rabbani, seorang penyanyi nasyid yang sentiasa ceria dan mesra. Seminggu sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir dulu, saya berkesempatan tengok konsert Rabbani di IPBA...kenangan...moga Allah merahmati ruhnya,amin.
memang minat nasyid tapi belum berkesempatan lagi utk menonton 'live' persembahan kumpulan nasyid yang dah 'famous' seperti di atas tu...
ReplyDeleteKumpulan nasyid pelajar pondok n tahfiz selalu sangat...
wahhh bestnye...mina peminat lagu2 nasyid....hihihi....
ReplyDeletepling suke hijjaz....
suka saujana dr dulu lg...pernah tgk hijjaz scara live..sedapp sore diaorg!raihan pun best!!
ReplyDeleteMeh sini: Wake up Deela..Forget about Him!!
sini jugak: Bakal Isteriku sudah tiada Dara!!
Atok pun minat nasyid gak...atok minat kumpulan Brothers...memberi impak yg besar kat atok..hihi
ReplyDeletedlu salu tgok konsert nasyid masa kt maahad.. heheh..
ReplyDeletenak tengok hijjaz...mai johor 22-24 april..
ReplyDeletehurmmm....
ReplyDelete='=