Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA ('',)
Pertama sekali, saya nak ucap salam maulidur rasul pada semua sahabat. Dalam menyambut sambutan kelahiran baginda, sinonimnya akan wujud pelbagai program seperti forum dan ceramah2 agama yang membicarakan tentang sirah baginda nabi untuk tauladan umat sekarang. Moga hari yang mulia ni memberikan perubahan yang baik dalam kehidupan kita bersama.
Mungkin ramai pula tertanya2, kenapa ya ada logo ProM kat atas tu kan. Ni bukan nak kempen untuk Pro-M ya.hehe. Kalau rasa terkempen kira kredit lah untuk sahabat2 yang berhaluan Pro-M di IPT. Kebetulan hari ni saya dan kawan singgah makan tengah hari kat UM tadi, sambil tengah makan tu, Kafe Kolej 12 UM didatangi oleh ramai mahasiswa berbaju oren yang tertulis Pro-Mahasiawa. Mereka datang untuk mengedarkan risalah dan maklumat pilihan raya kampus akan datang. Menarik juga saya tengok.
Yalah, saya ni budak maktab, mana lah ada benda2 ni semua, tu yang jadi teruja sikit tadi. Pilihan raya kat maktab memang ada, tapi pilihan raya sekadar cukup syarat, tidak terlalu terbuka seperti di IPTA/S. Saya ni salah seorang yang di black list daripada bertanding pilihan raya di maktab., husih! Dituduh sebagai pembangkang pula oleh sebahagian pensyarah. Birokrasi...nasib..
UM dan maktab saya berjiran saja, walaupun ramai yang tidak tahu ada maktab rupanya di celah2 UM tu.hehe. Waktu tengah makan tadi, beberapa orang mahasiswa Pro-M yang bakal bertanding tampil memperkenalkan diri dengan pidato yang bersemangat. Dalam hati saya, dahsyat juga budak2 ni, kalau buat kat maktab macam ni, siap boleh kena tangkap ni.
Beruntunglah sebenarnya pelajar2 IPTA/S kerana saya lihat pemikiran mereka lebih matang dan terbuka, berbanding kami bakal2 pendidik yang sentiasa dimomok-momokkan , ditakut2kan dengan pelbagai perkara dan macam2 lagi lah... Suasana ni saya lihat sejak saya belajar kat maktab lebih 4 tahun setengah, sehinggalah tahun ni merupakan tahun akhir di maktab, insyaAllah.
Begitulah kisah makan tengah hari tadi, sambil makan mendengar pidato. Menarik dan tahniah untuk Pro-M, semoga berjaya dalam usaha menawan semula UM yang telah dijajah oleh golongan Aspirasi. Moga kesinambungan kepimpinan di peringkat IPTA/S dapat diterjemahkan dengan lebih baik di peringkat nasional kelak. Sekian..moga Allah merahmati ('',)
program yg bagus tu....
ReplyDeletekesiankan kita......
@nza: kongkongan minda menyebabkan guru sekarang byk tak berkualiti, semua guru mee segera.
ReplyDelete