Salam untuk semua, moga dirahmati
Kuala Lumpur bakal menjemput kembali sekalian manusia yang cintakan keadilan. Keadilan yang sudah lama senyap tertidur oleh buaian tangan2 bernajis, dibuai manja jangan dibiarkan terjaga...begitulah mungkin niat sebahagian "makhluk" bertopeng wajah manusia. KL112 kisah mengimbau sejarah 2007, tika aku mula merangkak untuk memahami dunia dan semasa politik caca marba, aku terperosok sama ditarik arus kebangkitan anak muda.
Tanpa pengalaman, dengan hanya sedikit keberanian dan pengetahuan...kaki digerak perlahan, masih terbayang-bayang sepasang kasut sukan jenama Puma berjalur merah, telapaknya menjadi saksi kulorekkan warna warni di lembah yang lazimnya penuh sesak dengan kenderaan berubah dengan lautan insan yang entah dari mana datangnya. Jalan Masjid Jamek!
"Lari....lari!" Dari jauh laungan memberi satu arahan.Tak keruan dibuat dek tembakan bahan jijik ala zionis, kepulan asap memerangkap pernafasan. Detik itu, mataku makin kelam, kelabu mencari haluan...kugoncangkan semangat untuk terus bergerak lebih pantas...tanpa semangat mungkin aku terus tumbang di jalanan, tersekat amat udara ke trakea, fizikal dan mental bergabung seiring menjana tenaga luar biasa...kebarangkalian itu juga detik-detik manis buat aku dan teman-teman.
"Ya Allah....pedihnya!" meronta jiwa, pertama kali aku dihidang makanan yang tidak diundang! Mata dan wajahku bertukar kemerahan melampau menahan serpihan habuk zionis ala Malaysia. "Apa dosa aku sampai dilayan sebigini rupa...?" Dalam langkahan lemah itu, aku mula ditemani hujan yang mula membasahi bumi, terasa ubat dan penawar dari Ilahi. Lopak-lopak air mula muncul, ketika itu juga aku merasa amat terhina dipaksa juga membasahai wajah dengan air lopak penuh tanah ke muka...beberapa kali telapak tanganku mencedok air lopak disapu perlahan2 bagi menurunkan suhu panas dan bahang pemedih mata, di sudut sana jentera merah masih zalim dan rakus membaham marhaen tidak berdosa.
Hampir 7 tahun kisah itu pergi, awal tahun 2013 aku tatapkan kisah anak muda yang tak kurang hebatnya membanjiri jalanan di kota raya. Terhinjut2, terkinja2, terlompat, entah apa hiburan yang luar biasa menjadi mereka lalai sebgitu rupa. Air kencing setan pasti menjadi sahabat akrab di malam tahun baru, tiada GAS, tiada HABUK zionis ala Malaysia, tiada "makhluk" bertopeng, tiada batang cota yang membedal siapa sahaja, tiada semuanya, hampir undang-undang dan syariat sudah ditiadanya....apa ini semua??!
Tersentak! apa rindu bertaut kembali? Lopak air yang mencecah muka 7 tahun lalu...lebih mulia disapunya membasahi seluruh badan dari bertandang tanpa tujuan menjamah pula air kencing syaitan. Lopak/takungan air hujan dimata aku dahulu tiada apa erti melainkan kelaziman yang subur selepas hujan tetapi peristiwa merubah, lopak itu sekarang mengajar aku erti keadilan, keamanan, penilaian, kesabaran, kebebasan, kesetiaan, pengorbanan, persahabatan, kecintaan dan kebangkitan!
bangkitlah anak muda....kita sama2 berjuang menegakkan kebenaran :)
ReplyDeleteassalam, perjuangan tetap diteruskan, walau apapun rintangan yang mendatang.
ReplyDelete