TINDAKAN Ustazah Umno, Dr Mashitah Ibrahim yang dilihat cuba
mempertahankan perbuatannya mencium tangan bekas Perdana Menteri, Tun
Abdullah sebelum ini jelas sekali memakan diri.
Beliau nampaknya cuba memutar belitkan hukum apabila terkena batang
hidung sendiri. Bila sendiri yang salam dan cium tangan bukan mahram,
maka nampaknya hukum "harus" cuba digunakan untuk menghalalkan
tindakannya.
Gua tak mahu ulas tentang ilmu, dan hujah beliau di dalam menghalalkan
tindakannya bersalam dan mencium tangan Tun Abdullah sebelum ini. Apa
yang gua nak tunjuk di sini ialah berkenaan fatwa kebangsaan yang telah dikeluarkan tentang perkara ini.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-79 yang bersidang pada 6 - 8 September 2007 telah
membincangkan Hukum Berjabat Tangan Dengan Wanita Ajnabi (wanita bukan mahram).
Muzakarah telah memutuskan bahawa pada prinsipnya hukum berjabat tangan dengan wanita ajnabi adalah haram. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu yang sukar dielakkan, ianya dibolehkan tetapi dalam keadaan terkawal supaya tidak dijadikan budaya dalam masyarakat Islam ~ e-Fatwa
Apakah yang terlalu memaksa Ustazah Mashitah sampaikan beliau terpaksa
mencium tangan Tun Abdullah Badawi? Adakah kepalanya akan dipancung
sekiranya tidak mencium tangan Pak Lah?
Kalau pun terpaksa salam, kenapa mesti sampai cium?
ReJaM© "Nak ikut Fatwa Kebangsaan atau Fatwa Mashitah? "
Ustazah politik macam ni susah la.. boleh pesongkan akidah. Yg haram tetap la haram jgn la nak meng haruskan demi nak menghalalkan cara. Aduhai.. tolong la para pendakwah di luar sana.. jauhi politik kalau anda benar2 berniat ikhlas utk menyebarkan ajaran Islam. Kalau masuk politik macam dok ada la jadinya. Yg si abby abadi hijrah kearah kebaikan tu dah elok sangat tp bila di campur aduk dengan politik.. rosak jugak jadinya
ReplyDeleteUntuk semua >> BANK NI YANG SEDIAKAN TRANSAKSI KELUAR MASUK DUIT & RELOAD PREPAID MELALUI FB
Yang Hampeh >> BLOG YANG PALING TERDESAK NAK MINTA LIKE FANPAGE
Yang Meletop >> MANA BUKTI BUDAK LELAKI MELAYU 13 TAHUN CUBA ROGOL PEREMPUAN CINA?
DIA NI MMG LAAAAAAAAAAAAAAA
ReplyDelete