Pages - Menu

20.1.13

Isu Kalimah Allah; DAP Tak Puas Hati? PAS Mampu Bertegas?

Salam untuk semua, moga dirahmati

Isu Kalimah Allah bagi aku masih kabur, salah satu isu ni banyak dijadikan polemik oleh orang2 politik. Media tak kurang nak jadikan bahan popular, sentimen agama terutama menakutkan bangsa Melayu golongan majoriti beragama Islam bahawa agama akan tercemar jika kalimah ini tidak dipertahankan sebaiknya. Mungkin benar, tapi lebih benar sebenarnya Islam sudah lama tak "bertunjang" dengan baik di Malaysia, sekadar bermain di sipi-sipi masyarakat. Islam sudah lama tercemar dengan tindak tanduk mereka yang berkuasa.

Sekarang aku lebih berminat nak tengok dua parti komponen Pakatan Rakyat (PR), PAS dan DAP. PAS dengan Majlis Syura dah putuskan tentang isu kalimah Allah, DAP masih "tak puas hati", khabarnya merayu2 supaya PAS berfikir semula dengan keputusan Majlis Syura. Sejauh mana PAS akan bertegas dengan keputusan? Sejauh mana DAP akan menghormati tindakan dan keputusan dalaman parti PAS? PKR? Apa pula peranan, hanya melihat sahaja atau menjadi medium penyelesaian dua parti veteran itu.

Bagi aku DAP masih ada "masalah" apabila melibatkan isu agama, tak lain wataknya adalah Karpal...banyak timbulkan kontroversi jika berkait isu agama. DAP perlu lebih matang dan kehadapan, DAP sendiri nak tonjolkan mereka adalah parti pelbagai kaum? Tetapi datang sahaja isu agama mereka lebih tunjuk belang daripada sepatutnya? Konflik mematangkan, sejauh mana penyelesaian aku nantikan dan semua mata melihatnya.

Mohon maaf isu ini tiada kaitan dengan UMNO, oleh kerana ulama muda mereka masih penat menjawab soal perkahwinannya =)

4 comments:

  1. Benda ni tmbul bla nk plihanrya, mereka xnk pn guna kalimah 2, tp krana nk tarik pgundi cina dan india kristian. Mereka brkata sdEmikian. Bla brlaku mcm 2, mereka adalah juara rakyat bg kaum selaim melayu. Btl x?

    ReplyDelete
  2. betul dan setuju! sentimen kaum, sentimen agama jalan akhir nak tarik pengundi Melayu. Melayu jenis pantang orang sentuh bab ni.

    La ni kita nak tgk sejauh mana kebijaksanaan PAS-DAP selesai benda ni...kalau nak jadi Kerajaan memerintah, bab2 macam ni kena pandai selesai doh kan? =)

    nak harap UMNO? bab tudung pun tak selesai lagi...berat nanang.hehe

    ReplyDelete
  3. apa pun Pas ada cara tersendiri utk menyelesaikan masalah tu.

    ReplyDelete
  4. Jangan kita terlalai sudahla. Negara dan agama tergadai jawabnya.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...