Satu malam, lebih kurang jam 1 pagi...aku dan mak ayah baru balik daripada satu program kat KL, balik lewat macam biasa akan singgah ngeteh dulu...lepak minum dan makan kat sebuah gerai biasa, keadaan gerai masih penuh dengan orang ramai, mungkin hujung minggu sama...ramai lah yang dok bersidai lagi kat kedai2 makan...anak muda kebanyakkannya.
Waktu makan tu sempat dok perhatikan seorang makcik tua sambil membimbit dua bungkus plastik besar...penuh dengan kerepek...jalan ke setiap meja di gerai...aku tengok jam dah dekat 1.15 pagi...raut wajah tu mungkin lingkungan 60-an. Selesai makan kami gerak ke tempat parking yang agak jauh, melalui beberapa gerai...terpandang semula kat makcik tu...kali ni makcik tu bukan lagi berniaga meja ke meja tetapi makcik ni dah tertidur di sebuah meja salah satu gerai yang ada...Allahuakbar! Yalah dah lewat malam, masa bukan untuk bekerja lagi, ditambah pula dengan usia yang tak mengizinkan....
Mak aku merapati makcik tu, dikejutkan perlahan2, mak aku beli beberapa bungkus kerepek...bukan sebab nak beli sangat tetapi terlalu kasihan tengok keadaan tu...Mak aku maklumkan makcik tu dari Sabak Bernam...kira jauh jugak dia jalan berniaga sampai KL ni...dah lewat malam...bayangkanlah usia emas berniaga kerepek, hingga lewat malam tersadai keletihan di gerai2...aku harapkan siapa sahaja kerajaan yang memerintah lepas ni, fikirkan jalan terbaik untuk warga emas, tak selayaknya warga emas dikerah kudrat sebegini rupa lagi...
Moga Allah merahmati dan memudahkan urusannya.
kesiannya mak cik ni....
ReplyDeletekt kawasan sy ni pn slalu de makcik jual kerepek mlm2 mcm tu kt kdai mkn...
ReplyDeletetp kalo x silap, de van yg anta n amek sbb sy pnh nmpk..dlm van tu ramai makcik pkcik...
tp x tau la same ke x dgn yg awk nmpak tu...
Apa masalah yg makcik tu tgh hadapi, hanya dia je yang tau. Kita nak tolong, mesti dia taknak. dia nak berdikari
ReplyDelete