Pages - Menu

23.1.13

Forum Kebebasan Akademik & Hak Asasi; Prof Aziz Bari, Dr Maszlee Malik, Bavani

Salam untuk semua, moga dirahmati

Alhamdulillah malam tadi aku diberikan kesempatan mengikuti Forum Kebebasan Akademik & hak Asasi di Dewan Himpunan Cina, KL. Secara ringkas yang aku sempat catatkan buat perkongsian semua. Moga bermanfaat, insyaAllah.

Pendahuluan

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAAM) difitnah dgn laporan polis oleh Sharifah Zohra bahawa mereka menceroboh masuk. sedangkan mereka hadir dgn layanan oleh pihak pejabat beliau.


Dr Aziz Bari.

Beliau memberi pandangan salah satu punca universiti terkongkong budaya ilmu kerana para pensyarah yang banyak recycle note, ambil semula nota lama, dan disebarkan kepada pelajar baharu saban tahun tanpa penyelidikan dan kajian2 baharu. Selain itu, para pensyarah sendiri tidak mengamalkn dasar ilmu, terkongkong dengan bahan yang sama, buku yang sama. Apabila pelajar memberikan hujah dan jawapan yang tidak bertepatan dengan "senarai bukunya" dianggap salah mentah2.

Ranking universiti tercorot dek dasar ilmu yang diamalkan. Kebebasan akedamik tiada, apabila ahli akademik bercakap dengan bentuk suara lain daripada bentuk biasa akhirnya mendapat tekanan. Contohnya ahli akademik yang memberikan hujah tak selari dengan kehendak kerajaan, luar daripada lingkup sepatutnya akan mendapat tekanan2 hebat daripada kuasa luar universiti, apa yang berlaku sendiri ke atas beliau semasa di dalam pekhidmatan di UIAM. Beliau diserbu oleh polis, dimasukkan hingga ke bilik tidur, digeledah laptop.

Tak kurang juga pensyarah yang kuat mengampu dengan para mnteri, nak dapat Dato', gelaran Prof, sedangkan Prof bersepah2 dalam universiti yang masih terpakai tak banyak, yang banyak Prof Kangkung.  Regim(Kerajaan) yang ada sekarang banyak mempengaruhi atur cara sistem universiti, hinga menganggu sendiri kebebasan akademik dan hak asasi mahasiswa.

Majoriti Pro-Aspirasi menang di IPT seluruh Malaysia tapi Umno masih takut untuk bubar dewan parlimen...itu yang menghairankan. Tak perlu salahkan kerajaan sebagainya, timbul masalah apabila ahli akademik sendiri malas, recycle ilmu, org akademik sndiri membiarkan mereka menjadi barua dan hamba kepada birokrasi kerajaan yang bermasalah.


Bavani

Menceritakan semula apa yg berlaku dalam isu LISTEN. Beliau juga mahasiswa yg berjuang dengan kumpulan mahasiswa menuntut pendidikan percuma. Pada pandangannya apa yang berlaku itu adalah realiti suara mahasiswa kebnyakkan dipandang remeh, tiada nilai tambah...Mahasiswa sekadar menjadi boneka dan pak turut kerana sistem pendidikan. Waktu beliau cakap semua tepuk, waktu Puan Sharifah cakap juga ditepuk...semua angguk. Tak pastilah apakah mereka tepuk itu atas dasar makna apa? Selain itu, pendidikan dah jadi bisnes, kos sebenar pendidikan tak cecah puluhan ribu, tetapi dasar pendidikan yang mendidik mahasiswa berhutang PTPTN


Dr Maszlee Malik

Intro; Tanpa aksi mereka berdua(Bavani & Sharifah) sekurangnya mereka penjual baju LISTEN dapat mengaut keuntungan dengan isu. Pendapat beliau universiti hilang ruhnya, mereka hanya mengeluarkan produk ikut eknomi Malaysia, contoh apabila di zaman IT, sibuklah universiti memasarkan pelajar IT, hingga tak terkawal lambakannya. Datang memerlukan arkitek dan jurutera bersepah2 keluaran universiti, tanpa memikirkan tentang kualiti, akhlak mahasiswa yang dipasarkan? Mahasiswa di universiti hanya duduk diam dalam pekerjaan sahaja, tak mampu lagi untuk bersuara penuh makna kerana didikan di universiti sudah begitu.

Mahasiswa yang berjaya sepatutnya merubah ssstem masyarakat, bukan terikut dengan daya hidup bermasalah daripada masyarakat. Mahasiswa sekarang dirundung rasa takut...hinga nk buat apa takut, sukar berfikir, kerana dididik apabila bersuara akan timbul sahaja masalah kepada pelajarannya. mahasiswa dibonsaikan, dibantutkan, malah diperkosa hak ahli akaedamik dan mahasiswa. Budaya bebalisme, mahasiswa tak mampu selesaikan masalah, malah mereka pula yang mewujudkan masalah itu sendiri-Syed Hussin Alattas.

Petikan daripada kata2 ahli pemikir; Sistem pembelajran yg tebaik sistem yang dapat membina mahasiswa mampu bersuara terhadap pemerintah yang diktaktor.


Dr Aziz Bari

Di malaysia ribuan Prof, tapi masalah kebebasan akademik masih dibelenggu. Kisah lain, contoh Selangor bagi air percuma tetapi hingga kini tak bankrap tapi simpanan kewangan Selangor antara tertinggi di Malaysia kerana tiada sikap pembaziran dan ketirisan. Universiti sekarang juga dibebankan dengan pembaziran, reseach/kajian juga diberikan geran yang berkaitan/perkara yang pro kerajaan. Sebenarnya apabila dapat kurangkan pembaziran cukup untuk pendidikan percuma. kurangkan kos, selain itu universiti perlu lebih mesra pelajar.


Dr Maszlee Malik

Pendidikan percuma apakah mmpu menggugat kualiti unversti.? Turki amalkan pendidikan percuma, Mereka dpt mengasingkan pemerintah dgn pendidikan unvrsti. lihat kpd kemmpuan negara, lihat kpd kuasa ekonomi Malaysia. unversiti perlu autonomi, pentadbiran unvrsti tak terikat dgn kerajaan, siapa nak nak tnc bukan terikat buakn ditentukan oleh kerajaan tertentu atau parti tertentu. Contoh uni Al-Azhar memberikan pendidikan percuma, sudah melahirkan ribuan alim ulama.


Bavani

perbndingan UUM, UKM. mahasiswa dilahirkan sikap individualistik, hidup pelajar, makan study, kerja kawen beli rumah.cukup? apa pun tak peduli. Pegangan beliau sosialis, semua rakyat perlu dapat hak sama rata.

selingan: tayangan video doktrinasi yang dibuat di UTHM.

Pendidikan percuma. semua free, semua ambil mudah. persoalannya bukan masalah pada pelajar itu sendiri tapi masalah sistem yangg menyeluruh, tak boleh blame pada unversti tapi keseluruhan pendidikan itu sendiri. unversti hnya empat tahun, tapi kemana 12 tahun di masa persekolahan? Sahsiah tidak ada. masuk unvsti hanya beljar tapi diri pelajar itu sendri yang bermasalah. Selain pelajar unvsti tak perlu HEP, mahasiswa sudah besar, sudah mampu utk menatdbir dan mengelola...sudah kurang kos ekonomi dlm salah satu pentadbiran.


Dr Aziz Bari

Isu Mahasiswa bertanding pilihanraya. Mahasiswa mungkin boleh bertanding jika popular. mungkin mahasiswa kurang tempat bersuara. mungkin kebebasan itu mendesak mereka bertanding. di eropah, parti politik dibenanrkan buka cawangan di unversti. Hebatnya keterbukaan, ada mahasiswa yg bertanding. org yg ada talent politik tak ramai, kalau ada peluang dipersilakan. selain, pertanding perlu menggunakan wang yg byk. mahasiswa perlu jadi jadi pemerhati.

Pandangan penyoal, zamannya tiada ptptn, zaman ptptn mahasiswa diajar utk materialistik, disibukkan dgn segala pembelian.

Azhan: begitulah lebih kurang catatan ringkas yang sempat aku dihadam. Mohon maaf salah silap, terkurang apa2, insyaAllah video forum mungkin akan dimuat turun kerana ramai jurukamera malam tu.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...