Pages - Menu

30.11.11

Tamat Perjalananku di Institut Bahasa | Bangunan Institut Bahasa, Bukit Senyum

Salam untuk semua, moga dirahmati

Tahniah kepada sahabat2 yang menjawabnya dengan tepat! Bangunan ni merupakan asal usul tempat pengajian aku, dulu Institut Bahasa di Bukit Senyum, Johor. Sekarang dah berpindah ke Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Semalam hari akhir aku di sana, longlai kaki melangkah…aku mencari kawan2…pensyarah2…bertemu mengucapkan kemaafan dan terima kasih…perpisahan itu sudah ketentuan…setiap pertemuan pasti menuju pengakhiran untuk berpisah.

Aku merasakan perasaan yang hampir sama ketika aku mula2 keluar meninggalkan sekolah asrama 8 tahun yang lalu…tetapi kali ni mungkin lebih terasa kerana jangka masa yang panjang aku bersama sahabat2 di sana…5 tahun 6 bulan. Pagi ini aku bangun tidak lagi dikelilingi suara mereka…tak lagi bunyi riuh rendah ketawa…kerana itu memori yang akan tersemat indah buat aku dan mereka.

Seperti tidak percaya, aku sudah menamatkan pengajian ijazah aku dalam perguruan (Pengajian Melayu) Alhamdulillah. TQ Allah. Sekalipun pada awal aku terlalu banyak merungut itu dan ini, tapi hikmahnya apabila aku melalui semuanya…TQ buat para guru, sahabat2 PISMP & Kump A (khasnya). Moga kalian dirahmati… Mula merancang untuk hari-hari baharu yang mendatang…

15 comments:

  1. Jawapan JR tempohari salah rupanya...hehehehe...

    Entri terbaru di blog JR:

    "DNA Babi Ditemui Dalam Ramly Burger?"

    ReplyDelete
  2. leh jadi pakar bahasa lah ni??
    bagus la..
    =D

    ReplyDelete
  3. TAHNIAH!!!! selamat melangkah ke alam realiti dunia pndidikan...Yg penting kejujuran dan keikhlasan kita menjalankan tugas...semoga tabah dan kuat dlm melalui kerenah2 pelanggan kita.......

    ReplyDelete
  4. salam, semoga menjadi pendidik yg cemerlang...

    ReplyDelete
  5. tekaan aku dlm entry sblum ni salah la kan.. haha..

    ReplyDelete
  6. tahniah...


    eh!!jawapan akak salah ye/?
    sia2 dok jb sampai 8 tahun..
    heheh

    ReplyDelete
  7. tahniah!

    selamat melangkah ke alam kerjaya ya.. :)

    ReplyDelete
  8. azhan dah habis belajar??? tahniah!! =D

    *arghhhh!! i still have one year to finish it.huh! =) *

    ReplyDelete
  9. maafkan aku, sebab tak sempat berjumpa,maafkan juga atas segala-galanya..halalkan semuanya..:)

    ReplyDelete
  10. @hafidz: sama juga aku, minta maaf juga...minta halal terlebih kurang =)

    ReplyDelete
  11. tahniah bro :-)

    http://hanspunyablog.blogspot.com/2011/12/review-filem-ombak-rindu.html

    ReplyDelete
  12. sungguh klasik bangunan itu..hehe

    ReplyDelete
  13. selamat tamat pengajian dan menempuh alam kerja (kalau dah kerja). haha. takkan la keluar soalan ombak rindu pulak? melampau..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...