
Salam untuk semua, moga dirahmati
Tahniah kepada sahabat2 yang menjawabnya dengan tepat! Bangunan ni merupakan asal usul tempat pengajian aku, dulu Institut Bahasa di Bukit Senyum, Johor. Sekarang dah berpindah ke Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Semalam hari akhir aku di sana, longlai kaki melangkah…aku mencari kawan2…pensyarah2…bertemu mengucapkan kemaafan dan terima kasih…perpisahan itu sudah ketentuan…setiap pertemuan pasti menuju pengakhiran untuk berpisah.
Aku merasakan perasaan yang hampir sama ketika aku mula2 keluar meninggalkan sekolah asrama 8 tahun yang lalu…tetapi kali ni mungkin lebih terasa kerana jangka masa yang panjang aku bersama sahabat2 di sana…5 tahun 6 bulan. Pagi ini aku bangun tidak lagi dikelilingi suara mereka…tak lagi bunyi riuh rendah ketawa…kerana itu memori yang akan tersemat indah buat aku dan mereka.
Seperti tidak percaya, aku sudah menamatkan pengajian ijazah aku dalam perguruan (Pengajian Melayu) Alhamdulillah. TQ Allah. Sekalipun pada awal aku terlalu banyak merungut itu dan ini, tapi hikmahnya apabila aku melalui semuanya…TQ buat para guru, sahabat2 PISMP & Kump A (khasnya). Moga kalian dirahmati… Mula merancang untuk hari-hari baharu yang mendatang…