Pages - Menu

11.11.11

Komputer Pertama Di Dunia | ENIAC Besar Ruang Tamu

Salam untuk semua, moga dirahmati

Evolusi teknologi banyak membantu perjalanan kehidupan manusia terutama KOMPUTER. Komputer pertama dicipta adalah pada pertengahan kurun ke – 20 ( sekitar tahun 1940 – 1945). Jika dikira sehingga sekarang (2011) lebih kurang 65 tahun usia komputer. Komputer pertama dibina adalah sebesar ruang tamu rumah!!! Nak kendalikannya bukan seorang tu…

ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Computer) adalah komputer elektronik pertama di dunia dicipta pada tahun 1946 dan berakhir pada 1955. Dicipta oleh J. Presper Eckert and John Mauchly iaitu dua orang saintis dari University of Pennsylvania.

eniac2.jpg

Tujuan utama penciptaan ENIAC adalah untuk Perang Dunia Ke-2. Digunakan oleh tentera-tentera Amerika sebagai alat utama mempercepatkan pemprosesan data bagi senjata perang.

Sinopsis ENIAC :

Tahun dicipta: 1946

eniac1.gif

Kebolehan : 5000 perlaksaan data/sesaat

Kuasa Elektrik Digunakan : 170 000 watts

Berat : 28 tan

Saiz : 80 inci lebar x 8 inci tinggi

Komponen :17840 tiub vakum,7200 diod kristal, 1500 geganti, 70 000 perintang, 10 000 kapasitor and around 5 juta pateri.

Nilai : Di anggarkan bernilai USD 480 000

Tujuan penciptaan : Kegunaan unit penembak untuk menentukan jarak serangan dengan mengambil kira pembolehubah seperti sudut senjata, keadaan persekitaran dan sebagainya. Tentera Amerika menggunakan semasa Perang Dunia Ke-2 menentang tentera Jerman.

GRID Compas 1101, adalah komputer laptop pertama yang pernah dibuat dirancang pada tahun 1979 oleh Bill Moggridge. Pernah digunakan oleh NASA dan Angkatan Tentera US.

HardDisk1

Hard disk pertama yang dilancarkan IBM pada September 1956 dengan nama 305 RAMAC kapasiti penyimpanan hard disk sebesar 5 Mb dan merupakan komputer pertama dengan menggunakan hard disk drive. Berat harddisk tersebut lebih dari 1 ton! Perghhh, kena bawa guna pesawat lagi…sekarang ni besar tapak tangan ja(external harddisk)

Tetikus komputer yang pertama dicipta oleh Douglas Engelbart pada tahun 1964.

Azhan: Cuba anda bayangkan jika komputer belum diciptakan??? Kebanyakkan manusia menaiki basikal ke mana2…itu yang aku sedang terbayang2 kerana kereta/motor mungkin sukar dicipta, ramai murid menggunakan bulu ayam berdakwat menulis exam…

2 comments:

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...