Pages - Menu

12.11.11

Perbezaan/Berlawanan/Tak sama Atau Ketaksuban?

Salam untuk semua, moga dirahmai

Perbezaan? Tidak sekufu? Tak sama? Berlawanan? Huh!!! begitulah rencam kehidupan. Aku pasti semua melalui perkara sama. Perbezaan/berlawanan/tak sama dengan kehendak hati. Tidak pernah puas, terus memburu apa sahaja tanpa peduli baik buruknya, begitulah manusia bergerak. Kadang2 apa yang Allah ciptakan dan kurniakan kepada individu secara khusus seperti rupa paras, masih ramai yang tamak melakukan pembedahan demi kepuasan, kerana itu menguji nikmat kesyukuran.

Apatah lagi perbezaan/berlawanan/tak sama tentang Pandangan/Prinsip/Moto kehidupan yang jelas akan timbul lebih banyak pertembungan. Menghadapi semua itu perlu keterbukaan hati yang lapang, kerana aku melihat terlalu banyak ketaksuban. Taksub Apa??? Taksub apabila menerima pandangan yang bertentangan. Jika tidak mahu berbeza, hidup saja anda di hutan…kerana binatang dan tumbuhan bakal menuruti anda dengan Prinsip/Pandangan/Moto anda dengan sebaik & sepatuhnya. Anda akan merasa lebih gembira bukan???

Perbezaan/berlawanan/tak sama….itu adat ketentuan. Warna warni yang menyegarkan insan. Buangkan sedikit lapisan ego, kerana manusia sendiri tidak memakai sehelai baju yang punya satu warna yang sama setiap hari. Indahkah alam seumpama itu dgn secarik kain yang sama??? Biar “perbezaan” itu fenomena menggembirakan, “berlawanan” juga mampu mencetus kebahagiaan. “Tak Sama” itu tidak terbabas dari landasan yang disyariatkan. Yang penting masih lingkungan peradaban insan.

*Kalau mencari pasangan itu jgn terlalu byk perbezaan, biarlah sekufu katakan =)

1 comment:

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...