Pages - Menu

1.7.10

Kes Murid Tahun 2!

Salam untuk semua,

Selepas tamat sesi persekolahan pagi, sebelum pulang saya sempat berbual-bual dengan seorang guru yang mengajar sesi persekolahan petang. Suasana bilik guru sedikit riuh rendah dengan gelak tawa dan tidak pula yang merungut dengan masalah disiplin sekolah yang semakin meningkat. 

Tidak jauh dari situ muncul seorang guru mengeluh panjang, suasana sunyi seketika, sebahagian besar guru memberi tumpuan kepadanya, beliau merupakan guru kelas Tahun 2, mula menceritakan pengalaman menangani satu kes berat yang tidak dapat dilupakannya. Kes ini berlaku pada awal tahun ini, melibatkan 3 pasang murid Tahun 2.  

"Apa hal pula budak2 darjah dua ni?" aku mula soal diri sendiri, mata terus memandang sambil memberi sepenuh tumpuan kepada guru tersebut. 

"3 Pasang budak dulu kena tangkap buat "projek"!" suaranya agak tinggi bercerita, mungkin marah dengan kelakuan sumbang budak yang disangka mentah. Saya dan kawan terkejut mendengar pernyataan tersebut. Guru lain sudah memahami kisah berkenaan, mereka semua hanya mampu geleng kepala memikirkan anak didik yang semakin liar dan tidak terkawal.

"Kenapa boleh jadi sampai macam tu cikgu?" aku terus sahaja soal, memang terasa sangat pelik perkara begitu berlaku dalam kalangan murid yang difikirkan masih "budak" tetapi sudah terjebak dalam salah laku sosial yang berat.

"Waktu tu sesi pertukaran sesi pagi dan petang, hari Jumaat, budak pagi balik awal.." guru tersebut kembali menyambung cerita kes berkenaan.

"Dalam pukul 12.30 tengahari, sekolah ini semua dah sunyi, orang sibuk pergi solat Jumaat, budak2 petang ada yang datang awal ke sekolah, waktu tu lah benda ni jadi..." sambungnya lagi. Aku hanya terdiam seketika...


"Aku tanya budak tu macam mana tau benda2 ni semua, dia cakap pernah tengok mak dia buat dengan orang mana entah, bapak dia dalam jail..." ujarnya lagi. 
......................................


Hari timbul pula gesaan untuk diajarkan Pendidikan Seks di sekolah....selagi pendidikan belum kembali kepada tunjang agama, sia2 sahaja sebarang usaha, yang untung pembekal buku dan kroninya!

3 comments:

  1. Masya-Allah..na'uzubillahi min zalik..

    Ya Allah, selamatkan lah anak2 generasi muda kami...

    ReplyDelete
  2. salam untuk ain dan cleo, terima atas perkongsian,

    anak2 lahir bak kain putih yang bersih, ibu bapa btanggungjawab mencoraknya utk menjadi yahudi, majusi dan nasrani...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...