Pages - Menu

2.7.10

Ya Ayyuhal Walad: Tawakkal


Wahai anakku yang tercinta,

Engkau juga telah bertanya tentang tawakkal. Maka makna tawakkal itu bahawa engkau memantapkan i'tidaqmu dengan janji-janji Allah iaitu engkau mengi'tikadkan bahawasanya segala apa yang telah ditakdirkan bagimu itu pasti akan sampai kepadamu, tidak boleh tidak walaupun seluruh makhluk yang ada di alam ini berusaha menghalangnya daripadamu dan sebaliknya apa-apa yang telah ditakdirkan bahawa ia bukan untukmu sudah pasti ia tidak akan sampai kepadamu walaupun sekalian makhluk berusaha untuk menyampaikannya kepadamu.


Bingkisan nasihat Hujjatul Islam, Imam Al Ghazali, Ayyuhal Walad.

1 comment:

  1. Kita sebagai seorang Islam percaya adanya Allah s.w.t dengan sifat 20 yang wajib, sifat 20 yang mustahil dan 99 nama-namaNya (asmaul husna), namun kita kurang yakin dari segi:

    REZEKI
    Kita takut rezeki kita tiada sedangkan rezeki kita telah ditentukan kadarnya sejak azali. Yakin hanya dengan pekerjaan/kerjaya tertentu sahaja akan memberikan kita rezeki sedangkan rezeki Allah s.w.t meliputi langit dan bumi, janji kita berusaha dan bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan.
    Takut ditukar/dibuang kerja jika menyatakan kebenaran, mengkritik, membongkar penyelewengan dan berlepas tangan daripada persubahatan-jika bekerja dengan kerajaan @ majikan, jika bekerja swasta @ perniagaan akan merosot jika bekerja sendiri.

    MATI
    Takut mati syahid, sedangkan mati itu pasti dan kematian boleh datang dengan pelbagai cara, tidak semestinya kematian menjemput sewaktu berperang membantu saudara seislam yang ditindas dan membela agama Allah. Kita juga tidak mengetahui bila, di mana, dan bagaimana kita akan mati.
    Kerana kurang yakinlah kita lemah dari segala segi, kerana kita yakin manusialah yang menentukan perjalanan dan hala tuju hidup kita.
    Jika kita benar-benar yakin dan percaya, hidup, mati, jodoh, rezeki di tangan Allah s.w.t, kita tidak akan bergantung/berharap/takut sesama manusia. Cukuplah Allah sebaik-baik penolong, perbendaharaanNya meliputi seisi alam (tidak pernah berkurang), tiada daya upaya melainkan Dia, daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita akan kembali kerana nyawa kita berada di genggamanNya.
    wallahu a'lam

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...