Pages - Menu

30.6.10

Reaksi Pertama Di Sekolah

Salam untuk semua sahabat,

Bermula 28 Jun hingga 20 Ogos 2010, adalah tarikh praktikal Fasa 2 yang perlu dilalui disebuah sekolah yang terletak di Petaling Jaya. Reaksi pertama saya melangkah masuk ke sekolah tersebut, melihat beberapa orang guru sedang menengking murid yang lewat tiba, tidak terlepas juga murid yang didenda. 

"Apa ni! pagi-pagi lagi budak-budak sudah dihidangkan dengan suasana yang tidak membangun." Bentak diri apabila melihat gelagat guru-guru tersebut. Saya hanya melihat dari jauh sambil dapat menjangkakan cabaran yang bakal dilalui. Sebahagian besar guru menunjukkan sikap yang kurang mesra dengan sapaan saya dan rakan-rakan yang memulakan hari pertama praktikal di sekolah tersebut. 

Saya biarkan sahaja situasi tersebut, hanya terus menjalankan pemerhatian dengan suasana baharu ini. Kebiasaannya, awal pagi Isnin perhimpunan mingguan akan dijalankan, banyak isu dan topik terutama berkisar dengan masalah salah laku murid. Kadang-kadang, naik muak juga dengan leteran dan teguran kasar yang dipamerkan. 


Dalam bilik guru terjawab lah segala kekusutan yang difikirkan. Mengapa guru-guru bertindak demikian? Tidak sampai separuh hari di sekolah tersebut, beberapa orang murid berbangsa ...... (no racist, hakikat!) dibawa mengadap ke bilik guru dengan pelbagai kesalahan berat. Saya juga difahamkan, hampir setiap hari rutin guru-guru adalah mendenda murid-murid yang "kurang ajar". 

Jelas sekali wajah guru disiplin penuh dengan tekanan kerja. Kesian pula tengok, tapi itu lah hakikat mengajar di sekolah  yang terletak di sebuah bandar besar, dikelilingi dengan persekitaran yang tidak menyihatkan, akan lahir murid-murid yang seribu satu macam perangai yang perlu ditangani. 

...entri akan datang, kes berat murid Tahun 2 ...

4 comments:

  1. selamat berjuang cikgu~
    rabbuna yusahhil, insyaAllah...

    ReplyDelete
  2. smga sabar dalam mentarbiyah para pelajar.. Cg y baik kena banyak sabar. Ikhlaskan diri.. smga bakal membawa perubahan nanti..

    ReplyDelete
  3. terima kasih ratu syahadah, mudah2an sikap sabar dan ikhlas tersemat dalam diri ('',)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...