Pages - Menu

19.2.10

Tazkirah: Sambutan Maulid Ada Sandarannya.

Sekarang kita berada di bulan yang mulia, bulan kelahiran penyelamat umat sejagat,bulan kemunculan cahaya penerang alam yang sekian lama berada di dalam kegelapan. Bulan yang di sambut kelahirannya dengan penuh rasa kesyukuran dan kecintaan. Bagi umat Islam yang menyintai baginda Rasulullah s.a.w akan melahirkan rasa cinta mereka dengan berbagai bentuk sambutan yang tidak bercanggah dengan ajaran yang dibawa oleh Bagindas.a.w. Biarlah wahhabi dan kuncu-kuncunya menyesatkan dan membid'ahkan sambutan kelahiran Baginda s.a.w. Tetapi ulama Ahl al-Sunnah ada sandaran mereka terhadap hukum menyambut maulid Baginda s.a.w. Di sini penulis nukilkan pandangan ulama Sheikh Salem Ilwan al-Hasani yang telah di ulas dan dialih bahasa oleh US.AHMAD FAIDZURRAHIM HJ MOHD ALWI.

Berikut adalah pandangan Khadam ilmu al Hadis Sheikh Salem Ilwan al Hasani, pengerusi Darul Fatwa Australia.

الحمد لله رب العالمين وصلى الله على سيدنا محمد وعلى ءاله وصحبه الطيبين الطاهرين وبعد

Sesungguhnya Nabi Muhammada Sallallahu alaihi Wasallam adalah utusan Allah dan rahmat bagi sekalian alam. Menyambut perayaan untuk mengingati kelahiran baginda dengan membaca sedikit dari ayat-ayat suci al Quran dan menyebut sifat-sifat kenabian baginda adalah satu perkara yang penuh dengan keberkatan dan kebaikan serta kemulian apabila perayaan tersebut tidak dicampur aduk dengan perbuatan-perbuatan bida’ah yang buruk yang tidak diterima oleh syarak.

Katahuilah bahawa kepastian terhadap sesuatu perkara itu sebagai halal atau haram adalah tugas para ulamak yang berpangkat mujtahid seperti Imam Malik, Syafei, Abu Hanifah dan Ahmad bin Hanbal rodiaallahu anhum dan juga para ulamak salafu solih. Jelas di sini bahawa tidak boleh bagi setiap orang yang hanya sekadar menulis penulisan yang kecil atau besar boleh mengambil tugas para alim ulamak salafu solih tersebut lalu mengalalkan dan mengharamkan apa-apa tanpa merujuk kepada kata-kata para ulamak mujatahidin yang diiktiraf kehebatan dan kealiman mereka dari kalangan salaf maupun khalaf.

Maka barangsiapasiapa yang mengharamkan zikir Allah dan sebutan sifat-sifat Nabi ketika kelahirannya dengan berdalilkan bahawa Nabi alaihisalam tidak pernah melakukannya, maka kita katakan kepada mereka: Adakah kamu mengharamkan mihrab-mihrab masjid dan menganggapnya sebagai bid’ah yang sesat? Dan adakah kamu mengharamkan pengumpulan ayat-ayat al Quran dalam mushaf serta titik-titik pada ayat-ayatnya dengan berhujah bahawa Nabi tidak pernah melakukannya?. Jika kamu lakukan sedemikian dengan mengharamkannya maka kamu telah menyempitkan perkara yang Allah Taala luaskan serta mudahkan pada para hamba-Nya untuk mengada-adakan perkara baru yang terdiri dari amalan-amalan yang baik yang tidak ada pada zaman Rasul. Sabda Rasulullah:

مَن سَنّ في الإسلام سُنةً حسَنَةً فلَهُ أجرُها وأجْرُ مَن عَملَ بها بعده من غير أنْ ينقُصَ من أُجورهم شىء

Maknanya: Sesiapa yang mula mewujudkan ‘sunnah’ (jalan) yang baik, maka dia mendapat pahala dan pahala sesiapa yang beramal dengannya tanpa berkurang sedikit pundaripada pahala-pala mereka

Dan Saiduna Omar bin Khatab telah berkata selepas berjaya mengumpulkan orang ramai dalam satu imam pada solat taraweh:

نِعْمَ البدعة هذه

Maknanya: Inilah senikmat-nikmat bid’ah. Riwayat imam al Bukhari dalam sahihnya.

Imam Syafei juga berkata:

المُحدثـات من الأمور ضربان أحدُهما : ما أُحدث مما يُخالفُ كتابـاً أو سُنةً أو أثراً أو إجماعاً ، فهذه البدعة الضـلالة ، والثانيـة : ما أُحدثَ من الخير لا خلاف فيه لواحد من هذا ، وهذه مُحدثةٌ غير مذمومة
Maknanya: Perkara yang baru ada dua bahagian, salah satunya ialah apa yang bercanggah dengan kitab (al Quran) atau sunah atau asar (para sahabat) atau ijmak maka ini adalah bid’ah yang sesat, dan yang kedua ialah perkara yang diada-adakan dari perbuatan yang baik dan tidak bercanggah dengan perkara-perkara yang dinyatakan tadi maka ia adalah benda baru yang tidak dicela. Riwayat Imam al Baihaqi dalam kitabnya Manaqib al Syafei, jilid satu muka surat 469.

Sesiapa yang ingin mengetahui dalil-dali keharuasan maulid maka hendaklah dia merujuk kepada kenyataan-kenyataan para alim ulamak seperti kenyataan al Hafiz Ibnu Hajar al Asqalani yang mengatakan bahawa perayaan sambutan maulid Nabi syarif adalah bid’ah yang baik. Manakala mana-mana kenyataan yang dianggap fatwa yang mengatakan bahawa perayaan sambutan maulid adalah bid’ah yang haram adalah satu kenyataan yang tidak boleh digunaka pakai kerana banyak dalil yang mengharuskan sedemikian seperti yang dinyatakan oleh para ulama lain seperti al Hafiz Ibnu Dihyah, al Hafiz al Iraqi. Al Hafiz al Sakhawi, al Hafiz al Suyuti, Sheikh Ibnu Hajar al Haitami, Sheikh Muhammad Bakhit al Mutei mufti Mesir, sheikh Mustafa Naja Mufti Beirut dan banyak lagi.

Jadi mana-mana kenyataan seseorang yang kononnya mengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan kata-kata para alim ulamak tadi maka tidak boleh dijadikan rujukan dan sandaran kerana iannya bukan dari kenyataan ahli ijtihad. Yang sepatutnya dijadikan ikutan dan rujukan adalah hal yang selari dengan kata-kata para alim ulamak yang muktabar. Dan ketahuilah juga bahawa asal setiap perkara itu adalah boleh selagimana tiada dalil yang mengharamkannya dan sesungguhnya agama Allah adalah mudah dan bukanlah payah. Wallahu aalam.

19 comments:

  1. NAK TANYA PENDAPAT SAHABAT SIKIT...

    APAKAH HUKUMNYA APABILA KITA SEOLAH-OLAH MENGANGGAP PERKARA YANG HARUS ITU WAJIB TAPI DALAM MASA YANG SAMA MENINGGALKANPERKARA YANG DIWAJIBKAN...

    APAKAH TIDAK MELAKUKAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL ITU SALAH??DAN APAKAH KAEDAH YANG MENEPATI CIRI-CIRI ISLAM SEBENAR DALAM MENYAMBUT MAULIDUR RASUL INI...

    ReplyDelete
  2. salam sahabatku jebat,

    sebenarnya isu maulid ni selalu ditimbulkan oleh kaum berfahaman wahabi, yang mereka lebih cenderung mengatakan sambut maulid ni Bid'ah dan sesat kerana baginda nabi tidak pernah melaksanakannya (mereka berpegang kpd sbuah hadis yang berbunyi "setiap yang bid'ah itu sesat, yang sesat itu ke neraka")

    Masala ni timbul kerana timbul banyak perbezaan pendapat ttg masalah fekah sebegini dan kurang rasa hormat dengan perbezaan yang wujud dikalangan imam mazhab.

    kita sebagai ahlisunnah tidak boleh terlalu fanatik dgn senang2 mnghukum kaum lain sesat dan sebaginya.

    berbalik kpd soalan sahabat, tidak salah sebenarnya mgadakan perarakan atpun tidak (perkara ni hanya ditimbulkan puak UMNO saja) cara sambutan boleh dipelbagaikan, mungkin dgn mewujudkan forum perdana, ceramah2 agama yang lebih memberi manafaat kpd pendengar dari melakukan perarakan yang akhirnya tidak memberi sebarang kesan kpd umat islam erti perjuangan baginda nabi.

    tujuan utama ulama2 terdahulu menyambut maulid supaya umat Islam mengenangkan siri perjuangan dan susah payah perjuangan nabi dan para sahabat terdahulu, tetapi isu ini timbul hanya semata2 politik kotor UMNO untuk memburuk2kan ngeri PR.

    tak dak guna juga kalau smbutan diadakan merata2 negara tetapi tiada penghayatan dan secara jelas pemimpin2 menentang pula ajaran yang dibawa nabi(Alquran dan sunnah).

    ReplyDelete
  3. Salam saudaraku Mohamad. Saya harap kita jangan terikut-terikut secara berterus-terusan bertazkirah sambil merendahkan golongan lain yang sama-sama memperjuangkan agama mengikut aliran mereka (al-Wahabi). Yang lebih patut disindir ialah golongan yang mengeluarkan pendapat langsung tidak berdasarkan nas. Sedikit pandangan melalui pembacaan saya tentang golongan Wahabi ialah mereka tidak perlu dihina kerana sebahagian besar pegangan mereka adalah berlandaskan Al-Qur'an. Adakah kita patut membenci mereka lebih daripada orang yang meletakkan Al-Quran di kaki mereka. Tanpa golongan Wahabi, nescaya kuburan orang Islam kini setinggi bangunan KLCC. Jika tidak kerana mereka, bidaah dan khurafat yang menyekat nur Islam akan berleluasa. Sepatutnya kita berganding bahu membanteras fahaman sesat seperti "Sister in Islam" bukannya golongan yang cuba mempertahankan Islam (mengikut pandangan mereka berdasarkan nas). Tentang perarakan sambutan Maulid Nabi, cuba anda tanya naluri halus di jiwa anda, apakah manfaat besar yang dibawa oleh perarakan itu sehingga ia patut direstui Allah dan Rasul. Bersalawat secara menjerit-jerit, kalaupun wanita dan lelaki dapat dipisahkan. Saya secara peribadi tidak nampak akan kebaikan kepada agama dengan perarakan seumpama itu. Wallahualam.

    ReplyDelete
  4. Salam saudaraku Muhamad. Saya memohon anda memperdalam soal bida'ah hasanah dan maslahah umum. "Revisit" perkara itu sahabatku. Ingatlah akan hadis nabi yang berbunyi "Setiap bidaah itu sesat dan setiap yang sesat neraka adalah tempatnya". Bidaah hasanah (baik) yang diungkap oleh ulama atau sahabat nabi Umar al-Khatab dalam dalam riwayat tentang solat taraweh yang popular itu adalah bunga bahasa bukannya bidaah (dalam erti kata sebenar). Contoh: "Trafic Light" adakah ia bidaah atau maslahah umum?

    ReplyDelete
  5. salam babah,

    terima kasih dgn perkongsian dari babah, saya tidak menghina sesiapa sebanrnya termasuk wahabi, saya menghormati seriap perbezaan itu.

    Adakah imam 4 mazhab tidak berpandukan kepada Alquran sunnah? knp wahabi mempertikaikan pndangan2 tersebut?

    nabi pernah berkata "kekhilafan dalam umatku nanti adalah rahmat"

    persoalan pokok adalah wahabi yang diamalkan di Malaysia kurang menghormati pendapat2 imam mazhab yang lain, kesannya adalah kepadaa umat Islam juga kerana jika babah datang lawat ke negeri Perlis dan sebahagian Kedah, umat Islam berpecah kerana perbezaan seumpama ini, ia merugikan sebenanrnya, kenapa perlu merubah suasana di Malaysia yang sudah mengamalkan Mazhab Syafie sekian lama.Bukan utk fanatik tetapi untuk menjaga keharmonian dan mengelakkan pepecahan.

    saya ada bukti ttg ni, saya pernah menghadiri satu debat diantara Prof Dr Aziz Hanafi (dekan syariah KUIN) vs Dr Asri(mantan mufti perlis) yang dijalankan di Ipoh tahun 2004 dahulu. Babah boleh layari you tube untuk lihat perdebatan tu.

    babah juga boleh rujuk sebuah kitab karya Syeikh Fuad Kamaludin (Mudir Yayasan Sofa N9, anak murid ulama besar Azhar Syeikh Nuruddin) banyak membahaskan ttg bahayanya pemikiran wahabi.

    saya harap perbezaan ini memberi kebaikan bersama, musuh Islam tidak hanya golongan kafir tetapi juga sebahagian umat Islam itu sendiri. insyaallah mudah2an semua diberi taufik dan hidayah :)

    ReplyDelete
  6. Bid'ah hanya berkisar dalam soal ibadah tidak dalam masalah umum sepeti tafik light.

    menurut Imam Syafie mengkelaskan Bid'ah kepada dua, iaitu hasnah(baik) dan dolalah(sesat).

    Ttg penafsiran hadis tersebut, tidak semua hadis nabi boleh ditafsirkan secara zahir makna sahaja.

    babah boleh layari website ini untuk maklumat lanjut ttg isu wahabi.
    http://al-ghari.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Sesungguhnya perbezaan pendapat itu rahmat...

    ReplyDelete
  8. [url=http://fastcashloansonlinedirectly.com/#fbkiz]advance payday loans[/url] - payday loans , http://fastcashloansonlinedirectly.com/#gawyk payday loans

    ReplyDelete
  9. [url=http://directlenderloansonlinedirectly.com/#uayvo]direct lender payday loans[/url] - payday loans online , http://directlenderloansonlinedirectly.com/#euaam payday loans online

    ReplyDelete
  10. [url=http://levitradirectly.com/#qbapj]buy cheap levitra[/url] - levitra online , http://levitradirectly.com/#dtgsp cheap levitra

    ReplyDelete
  11. [url=http://cialisdirectly.com/#hvjzm]cialis 60 mg[/url] - cialis 60 mg , http://cialisdirectly.com/#pdxju cheap cialis online

    ReplyDelete
  12. [url=http://buycheapviagradirectly.com/#bqhvf]cheap viagra[/url] - cheap viagra , http://buycheapviagradirectly.com/#hrtph cheap viagra

    ReplyDelete
  13. [url=http://propeciadirectlyonline.com/#imylp]buy cheap propecia[/url] - order propecia , http://propeciadirectlyonline.com/#yyuol propecia online without prescription

    ReplyDelete
  14. [url=http://directlenderloansherenow.com/#zwvce]payday loans online[/url] - payday loans online , http://directlenderloansherenow.com/#debeg payday loans online

    ReplyDelete
  15. www.blogger.com owner you are great

    [url=http://luv-2-share-pics.tumblr.com]nude pics share[/url]

    ReplyDelete
  16. Are you searching for [url=http://bbwroom.tumblr.com]BBW pics[/url] this site is the right place for you!

    ReplyDelete
  17. www.blogger.com owner you are awsome writer
    Here you got some [url=http://epic-quotes.tumblr.com]funny pics[/url] for better humour

    ReplyDelete
  18. sekadar bertanya... sambutan maulidur rasul yg saya sertai, lelaki dan wanita bercampur, berjalan kaki, aurat terlihat. mcmana tu?

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...