Pages - Menu

7.8.11

Sheikh Muhammad Jebril Imam Solat Terawih

Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Siapa Syeikh Muhammad Jibril? Aku selalu dengar orang puji alunan suara beliau mengalunkan bacaan Al-Quran. Alhamdulillah bulan Ramdhan tahun ni aku diberikan kesempatan untuk berjemaah dengan imam besar (Masjid Amru Ash, Kaherah) pada malam terawih yang ke-3 di Masjid Wilayah Jalan Duta. Maklumat ni aku terima daripada seorang ustaz di sekolah, petang tu aku terus sahaja merancang dengan sahabat rumah berbuka dan terawih di sana.

Seusai berbuka, aku cepat2 mengambil tempat di belakang imam untuk menunaikan solat Maghrib. Jarak aku dengan imam beberapa orang, dari dekat sudah kelihatan wajahnya. Ya! memang itu Syeikh Muhammad Jibril yang aku cari-cari di Google petang tadi. Teruk aku ni, ulama pun aku tak kenal..huh!

Ketika berterawih aku terpaksa ke belakang kerana perut pula meragam...keluar aku dari saf depan. 15 minit kemudian, jemaah sudah mula memenuhi saf hadapan. Aku hanya memandang dari jauh sahaja...kecewa tak dapat solat dekat dengan imam.  8 rakaat terawih dan 3 rakaat witir seperti tidak aku rasai, tenggelam dengan kemerduan suaranya, masyaAllah! Selayaknya mendapat pujian umat sedunia...teruja dan terharu, aku masih diberi peluang dan ruang untuk bermakmumkan seorang imam besar dari Mesir.

Masalah yang berlegar di kepala lenyap dengan kesyahduan suara Syeikh Muhammad Jibril, aku terpaku berdiri, kaki yang lenguh tidak terasa. Aku beberapa kali terpandang esak tangis jemaah yang hadir. Mereka mungkin faham bahasa Arab, aku sekadar mendengar tidak memahaminya...satu kerugian yang tidak boleh dibiar begitu sahaja...



Beliau adalah Syeikh Muhammad Muhammad Sayyid Hasanin Jibril ataupun lebih dikenali dengan nama Sheikh Jibril. Dilahirkan di daerah Qalyubiyah, Mesir. Berasal daripada "keluarga Al-Quran" kerana ayahnya serta adik-beradiknya kesemua mereka menghafaz Al-Quran. Keluarga mereka bukan sahaja terkenal dengan kebolehan menghafaz Al-Quran dengan baik bahkan mereka juga mempunyai suara bacaan Al-Quran yang sangat fasih dan merdu. Untuk mendengar bacaan Sheikh Jibril, silalah lawati laman web Jebril.com.

5 comments:

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...