Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)
Memandang riak wajahnya, hati kembali tenang...selesai sudah beberapa masalah yang membelenggu kepala. Terasa jauh dari kecelaruan dunia yang sentiasa menghimpit jiwa dan diri. Itu lah nikmat yang sukar diceritakan. Kepulangan anak-anak sedikit mengubat sakit demam yang ditanggung beberapa waktu yang lepas.
Pada hari Rabu lepas, aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampung di negeri Kedah selepas membuat panggilan yang emak beberapa hari demam panas yang teruk. Tidak dinafikan kerja dan tugasan aku di K.L memang banyak, tapi apalah sangat untuk mengorbankan waktu dan tenaga untuk kedua ibu bapa yang punya jasa dan pengorbanan yang luar biasa.
Pulang seketika, dapat makan berbuka puasa dan solat berjemaah bersama keluarga sedikit sebanyak menjadi penawar paling mujarab kepada sakit-sakit si ibu. Apakah aku masih punya peluang menebus kembali salah silap yang lalu? Menginjak usia remaja aku manusia yang paling degil dan keras kepala. Apa saja aku fikirkan aku pasti lakukan. Biar itu semua berakhir dengan kenangan yang tidak patut dicontohi oleh sahabat yang membaca.

Pesan ibu dan ayah punya nilai tara yang tinggi, kasih mereka tidak bersyarat...tinggi mana kedudukan dan jawatan yang diduduki itu belum mulia dan sempurna jika keredhaan masih tergantung di sisi Allah dek kederhakaan kita kepada kedua ibu bapa. Bulan Ramadhan yang mulia, kembali pertautan hati sesama insan, moga dirahmati-NYA =)Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. [Riwayat Termizi]
erm..
ReplyDeletekalau dah buka sem nanti kesian kat mak n ayah saye yg tinggal dgn adik bongsu je..
walaupun adk bradk ramai tp bila semua dah besar mesti ada komitmen laen..
tp apa yg pnting jgn lupe kedua ibubapa kita kan...
=D
betul tu, insyaAllah mudah2an kekal dengan gembira =)
ReplyDeletealhamdulillah..dpt berbuka pose dan berjemaah dgn family sekali..hargailah mereka selagi mereka ada kan..kasih sayang xmampu dibeli..
ReplyDeletebiasa la tu kite mesti ada zaman try n error. zaman sume kite nk cuba w.pun org tua kite tak bg.
ReplyDeletetp bile kite dah dewasa baru kite sedar knp mereka x bg. dan terpk balik knp kite dulu degil suke lwn kan?
Assalamualaikum Yob Azhan,
ReplyDeleteYa, selagi kita ada ibubapa, selagi tu tanggungjawab kita pd deme tak lepas. Alhamdulillah akak masih ada ibu yg dah 80 tahun dan masih sihat.
perhatian dari seorg anak merupakan ubat yg plg mujarab buat seorg ibu....Bertuahnya ibu memiliki anak spt azhan..moga bila besar nnti farouk pn mcm tu....InsyaAllah....
ReplyDeletesalam, yang masih ada ibu dan ayah jgnlah lps peluang utk berbakti kpd mereka sblm Allah ambil mereka...
ReplyDeleteayah ibu tiada ganti. hargai mereka sesungguh hati.
ReplyDelete