Pages - Menu

29.11.10

Adik Muhammad Al Hafiz, Contoh Remaja Muslim Malaysia

Salam untuk semua, syukur atas nikmat-NYA ('',)

Entri ini dituju khas untuk adik2 yang semakin meningkat remaja, yang mungkin masih tercari2 personaliti dan peribadi tersendiri. Saya secara peribadi sangat berbangga melihat seorang anak muda negara yang mempunyai peribadi hebat seperti adik Muhammad, walaupun usianya masih belasan tahun tapi ilmunya dalam bidang Quran sangat dikagumi.

Semua ini bukan berlaku sekelip mata, tetapi hasil strategi dan tips didikan kedua orang ibu bapanya. Tahniah untuk ibu bapa Muhammad kerana berjaya membuktikan mampu membentuk peribadi seorang anak yang soleh! Saya ada satu pengalaman menarik tentang adik Muhammad ni, Puasa Ramadhan yang lepas, saya dan member2 suka bergerak dan merantau masjid2 area KL dan pada hujung minggu kami akan bergerak ke masjid yang lebih jauh. 

Kebetulan rezeki saya sempat terawih di Masjid Shah Alam, tak sangka pula saya, adik Muhammad yang jadi imam solat Isya' dan Terawih di Masjid Negeri Selangor. Dalam hati terasa sangat kagum dengan kemerduan suaranya. Peribadi adik Muhammad boleh dijadikan tauladan untuk adik2 remaja dalam mencari idola remaja Muslim di Malaysia. Semoga Allah memberikan hidayah dan petunjuk pada semua ('',)



-Biodata Adik Muhammad bin Ahmad Zahid-

Muhammad bin Ahmad Zahid berasal dari Kuala Lumpur. Dilahirkan pada 6 Januari 1995. Tamat hafaz Al-Quran pada usia 10 tahun. Antara kejayaan yang telah di capai ialah:

A) Johan hafazan Al-quran peringkat kebangsaan 2009 (1-30 juzuk) dan 2007 (1-15 juzuk)
B) Johan kategori bacaan/suara terbaik di Dubai International Holy Quran Award 2008.
C) Penerima tokoh Maulid Rasul peringkat kebangsaan 2009 & Anugerah Saidini Ali peringkat Negeri Selangor 2009.
D) Naib Johan Akademi Al Quran 2010.

Nama: Muhammad bin Ahmad Zahid
Umur: 15 tahun
Status: Bujang
Alamat: No3, Lorong Burhanuddin Helmi 6, Taman Tun Dr. Ismail, 60000, Kuala Lumpur
Hobi: Bersukan
Cita-cita: Ulama Profesional
Ikutan: Rasulullah SAW
Kerjaya: Pelajar Darul Hikmah, Ampang
Kelayakan: Johan Tilawah Remaja Petronas 2008/2009

Layari Facebook Adik Muhammad bin Ahmad Zahid



(Video Bacaan Yasin Adik Muhammad)

2 comments:

  1. patut mcm familiar jerp...
    rupa nye yang azan kat oasis...
    sedap suara dia...
    suka dengar

    ReplyDelete
  2. Salam, minta exchange link tanda sokongan :)

    MBMMBI APA MASALAHNYA

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...