Berbaki cuti sekolah yang tinggal seminggu lagi, mungkin dikalangan sahabat2 ada yang merancang untuk bercuti dan berehat bersama keluarga. Saya nak kempen suatu tempat yang menarik untuk percutian istimewa. Apa yang istimewa tu? Pakej yang menarik dan istimewa tu iaitu Bercuti sambil anda menuntut ilmu. menarik dak.hehe. Jom tengok tempat kat mana.
Tempatnya terletak di sebuah daerah di Pulau Pinang, iaitu di Yayasan An-Nahdoh, Kubang Semang. Tempatnya yang strategik terletak disebuah perkampungan Melayu dengan keindahaan sawah padi yang terbentang pasti menarik minat sahabat2 yang berunjung. Mungkin sahabat2 tertanya, yayasan apa tu kan?
Saya akan ceritakan secara ringkas, yayasan ini ditubuhkan oleh Ustaz hj Mutalib Maarof, iaitu mudir Yayasan An-Nahdoh. Yayasan ini bukan sahaja tempat pengjian agama tetapi ianya juga dilengkapi dengan sebuah Hotel bercirikan Islamik yang bernilai lebih sejuta ringgit, dirasmikan pembukaannya oleh YB Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat pada tahun April 2007. Selain itu Yayasan An Nahdoh juga menempatkan Sebuah Maahad Tahfiz yang baru diperkenal.

Tuan Guru Nik Aziz merasmikan An Nahdoh Inn.