Pages - Menu

3.7.13

TG NIk Aziz Kesal Sheikhul-Azhar Diperalat Untuk Gulingkan Dr.Mursi

Mursi (tengah) dibawa keluar dari Istana Presiden selepas digulingkan. -Reuters

PAS kesal dengan tindakan penggulingan Presiden Mesir Dr Mohamed Mursi dan mengutuk tindakan pihak tentera negara itu menggunakan golongan ulama bagi menghalalkan perbuatan mereka.

Menurut Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kudeta dan diktator bukan lagi pilihan manusia lagi di era sekarang.

“Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam,” kata Nik Abdul Aziz dalam satu kenyataannya pagi ini.

“Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik,” tambah beliau lagi.



Sheikh Ahmed al-Tayyeb, Sheikh-ul-Azhar

Bekas menteri besar Kelantan itu tidak menolak kebangkitan rakyat mampu menggembalikan Mohamed Mursi ke tampuk kuasa.

“Jika Hugo Chavez, Presiden Venezuela yang pernah digulingkan tentera suatu masa dahulu namun akhirnya kembali semula ke tampuk kuasa kerana tekanan rakyat, saya tidak nampak ia mustahil berulang di Mesir,” katanya.

“Saya melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang. Pada saya, inilah saat di mana detik hitam sedang berulang semula dalam sejarah Mesir.”

Penglima Angkatan Tentera, Jeneral Abdul Fattah El-Sisi dalam pengumumannya awal pagi ini turut menamakan Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan, Adly Mansour sebagai presiden sementara sehingga pilihan raya baru diadakan.

Menurut Abdul Fatah, Mesir akan ditadbir sebuah kerajaan Teknokrat dengan kuasa penuh sepanjang tempoh peralihan.

Serentak itu, larangan perjalanan dikenakan terhadap Mohamed Morsi dan pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin termasuk ketuanya Mohammed Badie dan timbalannya Khairat El Shater.

Pengumuman yang dibuat secara langsung melalui televisyen disambut dengan sorakan kumpulan anti presiden yang baru berkuasa selama setahun itu.

Mohamed Mursi mula memimpin Mesir selepas Hosni Mubarak digulingkan pada Februari 2011 selepas berkuasa selama 30 tahun.



Detik Hitam Sedang Berulang
Saya melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang. Pada saya, inilah saat di mana detik hitam sedang berulang semula dalam sejarah Mesir.

Saya menyaksikan sidang media tentera yang mengumumkan rampasan kuasa dan diberitakan bahawa Sheikh Al-Azhar juga turut bersama-sama dengan tentera menyokong rampasan kuasa menggulingkan Dr Muhammad Mursi. Ini tandanya tentera tidak yakin dengan kekuatan mereka sendiri lantas menjadikan ulama sebagai sandaran untuk meyakinkan rakyat. Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam. Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik.

Sheikh al-Azhar ialah satu jawatan, jawatan tersebut buat masa sekarang dipegang oleh penjawatnya. Namun ilmu yang ada pada Sheikh al-Azhar turut dimiliki oleh orang lain. Belum tentu jawatan ini kekal dan Allah SWT berhak menggantikan orang lain ke jawatan itu pada bila-bila masa. Samalah juga dengan jawatan mufti. Sesiapa yang menjawat jawatan ini usah sesekali menyangka ia akan kekal selama-lamanya. Sudah berlalu banyak orang yang hanya menjadi alat kepada gerakan sekular untuk melawan Islam. Tiba masanya, mereka dilontarkan ke tepi tanpa sesiapa bepaling lagi ke arah mereka.

Saya yakin rakyat Mesir tidak akan berdiam diri dengan perkembangan ini. Mursi menaiki takhta presiden dengan pilihanraya yang sah bukan dengan jalan penipuan melalui jalanraya. Jika Hugo Chavez, Presiden Venezuela yang pernah digulingkan tentera suatu masa dahulu namun akhirnya kembali semula ke tampuk kuasa kerana tekanan rakyat, saya tidak nampak ia mustahil berulang di Mesir. Kudeta dan diktator bukannya pilihan manusia lagi di era sekarang.

Insya-allah, sebagaimana Sungai Nil yang tidak berhenti mengalir, begitu juga nadi kebangkitan rakyat di Mesir pasti akan terus bergerak. Pada saya, fi zhilalil quran dan maalim fit toriq sedang melahirkan generasinya pada hari ini!

Doa dan solidariti untuk Mesir.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 25 Syaaban 1434H bersamaan 4 Julai 2013

sumber: http://greenboc.blogspot.com/ 



Azhan: Informasi tentang isu Syeikh Azhar ini, adik aku yang masih menuntut di sana maklumkan tadi untuk membetulkan pandangan umum yang serong terhadap Syeikh Azhar. Prinsip Azhar bukan menyokong Kejatuhan Dr Mursi, tetapi mengambil langkah paling minimum supaya tidak berlaku lebih banyak pertumpahan darah. Dr Mursi masih memerintah sudah banyak kematian, tak mustahil pengunduran ini untuk kepentinngan semasa yang mendesak. Situasi runcing. Agak sukar untuk menilai dengan sekeping gambar. Moga Allah ampunkan salah silap kita.

3 comments:

  1. Sedih kan... kakak malam tadi nak tidur pun bincang hal ini dengan abang. Bukan mudah utk Islam terus diterima. Besar ujian tapi tak mustahil ia akan bangkit sebagaimana TGNA katakan. Sama-sama kita doakan. Memang telah terlalu ramai yg terkorban ada lebih baik berundur dulu.

    ReplyDelete
  2. Pedih hati baca alasan Sheikh Azhar menyokong kejatuhan Morsi. Bukankah Morsi disokong secara demokrasi dan penyokongnya lebih ramai. Adakah dengan rampasan kuasa ni Mesir menjadi lebih aman dan kematian dapat dikurangkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wallahua'lam. Walaubagaimanapun, ramai pelajar Azharyang marah apabila Syeikhul Azhar dicaci maki umum. mungkin keadaan sebenar lebih jelas di sana. Doakan Islam bangkit hebat di sana, amin

      Delete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...