Pages - Menu

2.7.13

Konflik Mesir 2013 | Apakah Arab Spring Di Persimpangan?



gambar penyokong Presiden Mesir Mohamed Morsi


Presiden Mesir, Mohamed Morsi telah menolak ultimatum tentera yang menggesa agar segera menyelesaikan masalah dalam negara tersebut dalam masa tempoh 48 jam..

Langkah tentera memberikan untimatum 48 jam tersebut hanya semata-mata memberikan ransangan kepada penentang-penentang Morsi yang sedang berdemo dan seolah-olah pihak tentera memihak kepada para penentang tersebut.Pun begitu juga pihak polis. Tiada kelihatan pasukan polis mengawal keadaan menyebabkan kekacauan dan keganasan maut berleluasa dan menggugat keselamatan rakyat dan negara tersebut.

Polis dan tentera negara tersebut jelas tidak memihak kepada kerajaan Morsi dan Ikhwan-Muslimin.Mereka sengaja membiarkan penentang Morsi bertempur dengan penyokong Morsi dan meletakan negara tersebut kucar kacir dengan tujuan sebagai helah untuk campurtangan dan seterusnya menggulingkan kerajaan Morsi yang telah dipilih rakyat.Kalau tentera berkeras dan merampas kuasa, penyokong-penyokong Morsi tentunya tidak akan berdiam diri dan pastinya Mesir akan menjadi Syria yang baru.

Morsi baru sahaja setahun menerajui pemerintahan Mesir, apakah segala masalah Mesir oleh kerajaan Mubarak yang lalu dapat diselesaikan dalam tempoh yang begitu singkat ini?Mesir mewarisi pelbagai masalah - masalah sosial, ekonomi, keselamartan dan sebagainya.Beri peluang dan masa yang sewajarnya kepada Morsi untuk cuba mengatasinya.Apalah sangat nak diharapkan kepada tentera untuk mengambil alih tampok pemerintahan ~ mereka adalah terdiri dari kalangan perasuah dan penyokong tegar regim Mubarak yang digulingkan terdahulu.

Morsi telah dipilih sebagai presiden secara demokratik. Jika Morsi bersetuju meletak jawatan setelah mengalahkan pihak liberal dalam pilihan raya presiden, dan mengalahkan pihak liberal dalam pilihan raya parlimen, dan mengalahkan pihak liberal dalam pilihan raya bandar, apa yang akan berlaku kepada pemenang pilihan raya pada masa hadapan?

Kesalahan bukan terletak kepada Morsi atau Ikhwan Muslimin. Kesalahan adalah kegagalan pihak-pihak liberal untuk mendekati orang awam Mesir. Pendek kata, mereka adalah gagal.Fikirkanlah, jika mereka gagal segala-galanya yang mereka lakukan, adakah mereka ini akan berjaya mentadbir negara dengan rekod kegagalan mereka itu? Sekiranya Morsi tunduk dan patuh kepada kehendak tentera, Mesir akan kembali semula seperti mana era Mubarak dahulu.

Maka sia-sia sahaja perjuangan Arab Spring yang baru lalu.Wajah sebenar penentang Morsi jelas terserlah. Bahawa mereka adalah sekumpulan penjenayah dan pengganas. Sememangnya tidak layak untuk menggantikan Morsi dan kerajaan Islamnya itu.Mereka sebenarnya anti kepada pentadbiran Islam yang cuba dibawa oleh Morsi.Di laporkan, seorang wanita Belanda berusia 22 tahun telah menjadi keganasan lima lelaki yang menyerang dan merogolnya di Dataran Tahrir, Kaherah.Wanita tersebut kini berada dalam "keadaan teruk" dan memerlukan pembedahan. Laporan juga mendakwa seorang nenek dan seorang kanak-kanak tujuh tahun telah diserang secara seksual.

Wanita Belanda itu adalah seorang pelatih mengambil gambar protes bagi organisasi Mesir.Kumpulan aktivis Operasi Gangguan Anti-Seksual mencatatkan 44 kes-kes serangan seksual dan gangguan terhadap wanita pada malam Ahad itu sahaja - jumlah tertinggi getir semenjak kumpulan itu ditubuhkan pada November 2012.

sumber: FB seorang Pelajar Malaysia di Mesir
 
Azhan: Bersama-sama kita doakan Kerajaan Islam pimpinan Dr Mursi teru kekal dan Mesir merubah kepada negara kuasa Islam sedunia. Mesir menentukan juga maruah umat Islam di Palestin.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...