Pages - Menu

26.6.13

Pengajaran Krisis Jerebu, Lemahnya Manusia....


Salam untuk semua, moga dirahmati

Alhamdulillah 2 hari dah hujan. Kuala Lumpur masih lagi ada serdak2 jerebu...petang tadi pun hujan lagi. Tapi hujan tak lama. Dua hari lepas ketika jerebu teruk, seorang rakan sekerja aku berbangsa Cina, bukan muslim siap pesan pada aku..."Jangan lupa minta doa sama Tuhan. Kita sekarang jerebu teruk...tak tahan dah rasa ni. Doa supaya hujan" sambil digayakan tangan menadah.


Walaupun pesan rakan aku itu nampak biasa, lama aku terfikir pesanan tu. Lemahnya manusia ni...kita semua lemah. Allah kirimkan habuk dan asap. Satu negara kelam kabut takut dengan bala bencana. Itu belum apa yang dinyatakan dalam Quran, bala bencana kiamat. Allahuakbar! Apabila semua tak berdaya nak bertahan dengan jerebu, manusia akan mula mencari kuasa yang Maha Berkuasa. 

Hujan buatan sudah direncanakan, api di hutan terbakar sudah diusahakan padam, macam2 tindakan dah ambil untuk kurangkan jerebu, akhir sekali...manusia yang bukan Islam juga meyakini bahawa kuasa yang terbaik, datangnya dari Allah (Tuhan Sekalian Alam). Moga krisis jerebu ini memberi pengajaran, mengajar erti kehambaan melayari makna kehidupan. Kita doakan bersama jerebu berakhir dengan baik, segalanya selamat.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...