Pages - Menu

25.6.13

Cerita Antara Messi dan But "Toyu"


http://2.bp.blogspot.com/-DXwk_xZbHFQ/TxQ8hjEIpTI/AAAAAAAABTw/QxWv-zPRmAg/s1600/V23954_IPMAINCOMP_FI1.jpg
Adidas Adizero F50


Seorang bapa membawa anak lelakinya ke kedai kasut sukan. Si bapa sudah lama janjikan untuk membeli kasut bola jika anaknya berjaya mewakili sekolah dalam pasukan bola sepak. Latihan bola sepak akan diadakan tak lama lagi, si anak merengek beberapa kali untuk dibelikan kasut bola kerana sebelum ini si anak hanya memakai kasut sekolah biasa semasa bermain.

Tiba di kedai, si bapa dan anaknya berpusing-pusing beberapa kali kedai sukan mencari kasut bola yang sesuai untuk anaknya.


"Ayah, saya nak kasut bola Adidas Adizero F50 ni..." pinta si anak lelakinya sambil dipegang erat lengan bapa. Si bapa tidak mahu menghampakan anaknya terlebih dahulu membelek-belek kasut berwarna jingga dan kuning itu. Ringan dan cantik.

"Mahal juga ni..." rungut hati si bapa apabila terpandang tag harga. Si Bapa yang berpendapatan kecil mula memikirkan tanggungjawab lain yang masih perlu ditunaikan. Harga kasut itu RM159.90.

"Messi pemain terbaik dunia pakai kasut bola ni, ayah..." si anak cuba meyakinkan si bapa. Si bapa mengiyakan.


http://yuseriskai.files.wordpress.com/2012/08/20120807-012909.jpg
But "Toyu" @ "Kicap"


"Kamu tau dak, dulu Messi waktu kecik-kecik umur macam kamu dia pakai kasut bola "Toyu" ja...dah besar baru Adidas taja dia." Si bapa mencari helah. Si anak yang masih kecil tidak mengerti mengangguk dengan penerangan hebat si bapa.

"Kamu nak jadi hebat macam Messi kena mula pakai but "Toyu" dulu...nanti dah pandai main sampai luar negara baru ayah beli Adidas." Si bapa terus berhujah dengan dalil-dalilnya.



"But ni dibuat dari kulit gajah. Tahan lasak. Kuat...." Si bapa terus meyakinkan anak. Harga but "Toyu" ni sekitar RM15. Itu pun kalau pandai tawar menawar dengan pembeli boleh dapat murah lagi.

"Apek, bagi rokok sekotak. Nak 20 batang punya..." ujar si bapa pada penjual.

"Ayah, harga rokok sekotak lebih kurang kasut bola saya ja ek....?

"Mungkin Messi dulu pun hisap rokok murah sebelum hisap rokok yang mahal..." sambung si anak. Si bapa terdiam sejenak.

Pesan seorang penceramah motivasi terkenal, ibu bapa elakkan menipu anak-anak walaupun dalam perkara yang remeh-temeh. Perbuatan itu juga akan dicontohi kerana ibu bapa banyak menyangka kanak-kanak akan lupa. Malah kanak-kanak lebih mudah ingat sesuatu dek hati mereka yang bersih. Tidak mustahil kelakuan menipu anak-anak dididik oleh ibu bapa secara "tidak sedar". Tingkah laku buruk, seperti merokok antara "pemangkin" berkelakuan sama apabila dewasa. Anak-anak cerminan peribadi ibu dan bapanya.

1 comment:

  1. nice blog :)

    salam kenal dari kami outbond di malang :)
    jangan lupa kunjungi kami di website kami : http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...