Pages - Menu

6.2.13

"Apabila seorang murid Cina bagi aku kuih pau..."


Salam untuk semua, moga dirahmati

Aku nak kongsi kisah anak murid aku, niat awal untuk berbakti, tetapi disambut balas dengan kemarahan guru lain padanya. Awal pagi aku sampai sekolah, jalan mundar mandir naik tangga...mencari sedikit motivasi untuk hari ni...dari jauh aku nampak dah kelibat seorang budak lelaki...berlari2 anak ke arah aku.

"Cikgu...Cikgu Azhan...!" Tercungap-cungap dia sambil berdiri tegak depan aku.

"Cikgu, kamu nak kuih pau dak.....?" Soalnya sambil menunjukkan kuih pau yang telah dikoyakkan dua sebahagian untuk diberikan pada aku. Aku tak pasti sebahagian lagi mungkin telah dimakan atau simpan untuknya.

"Tak apa, cikgu tak nak...kamu habiskanlah. Cikgu dah sarapan tadi." Aku pula membelek kepala otak memberikan seribu alasan untuk menolak pelawaannya sebaik mungkin.

"Ooooi! U ni tak respect Cikgu Azhan, repsect sama cikgu Melayu....!" Seorang cikgu perempuan berbangsa Cina datang mengamuk pada budak lelaki tu sambil tangannya cuba menutup2 kuih pau yang telah berbaki separuh daripada penglihatan aku, mungkin nak jaga hati aku dengan sikap murid yang datang menayangkan kuih pau. Muka budak tu pucat dan terpinga-pinga...haha.kesian pulak aku tengok.

"Macam lah aku tak nampak nak tutup2 dengan tapak tangannya..." hahaha. begitulah detik hati aku.

"Alah cikgu...budak-budak. Biarkanlah." Balas aku sambil senyum saja lihat gelagat cikgu perempuan yang naik angin tu. Cikgu tu kelihatan masih bersemangat nak "brain wash" anak murid "tak bersalah" tu.

"Tak boleh cikgu...saya kena ajar dia, kalau tak sampai bila pun dia tak tahu batas-batas." Balas cikgu perempuan tu bersungguh-sungguh.

Aku angguk sahaja, malas nak panjangkan sketsa awal pagi. Aku terus berlalu ke bilik guru atas sambil ucap terima kasih kepada budak lelaki tu walaupun hajatnya untuk membuat kebaikan kepada gurunya. Bagi aku benda ni kecik sahaja kerana "dirinya masih kanak2 yang tak mengerti".

Moral cerita: Seorang budak nak buat baik pada guru, atas sebab tak tahu tentang batasan dan ilmu halal dan haram seorang Muslim, budak tu jadi mangsa kemarahan guru lain. Aku lihat silapnya adalah persekitaran, hidup dalam kalangan bangsa yang sama tak akan wujud pembelajaran sosial antara kaum. Contoh mudah daripada pengalaman aku, dulu zaman aku praktikum/praktikal di sekolah SK (Sekolah Kebangsaan), apabila tiba bulan puasa...murid bukan Islam yang nak makan atau minum air akan sanggup lari jauh2 daripada murid Islam. Kalau waktu pembelajaran, aku minta izin keluar kelas baru minum air...itu salah satu tanda Hormat! Sekurangnya2 wujud perpaduan, saling memahami antara berbeza agama dan bangsa.

Mohon maaf lah! Aku sekarang mengajar di sekolah SJK (Sekolah Jenis Kebangsaan), waktu bulan puasa, jangan kata budak-budak nak hormat aku yang puasa....cikgu-cikgu yang duduk sebelah aku selamba badak makan minum dengan bau aroma yang memualkan kadang2. Ahhh! depa makan minum bukanlah kita yang puasa nak tertarik sangat, tapi aku nak soalkan tentang sikap? Sikap ini tak wujud sebab persekitaran yang budaya yang sama, kesedaran tentang pengamalan agama dan bangsa lain amat kurang.

Benda ni mungkin contoh yang terlalu kecil kalau nak dikaitkan dengan perpaduan nasional. Sekarang baru aku teringat dan faham, dulu zaman belajar seorang pensyarah kanan yang berbangsa Cina pernah cakap kalau saya masih ada anak kecil yang bersekolah saya tidak akan hantar ke SJK, saya lebih berminat dengan SK. Anak saya akan belajar akademik dan belajar bersosial dengan lebih matang dan kehadapan. Belajar tentang kehidupan dan realiti Malaysia sebenar.

10 comments:

  1. yang memimpin pun tak termimpin bagaimana nak memimpin kan?? kalau cikgu2 kat situ pun tak reti hormat sesama kaum, macam mana nak didik anak murid saling hormat menghormati.

    ReplyDelete
  2. entri yg sgt menarik..sgt sependapat dengan sahabat azhan..Perpaduan nasional masih tidak diterapkan dan dihayati di sjk..bukan untuk membandingkan tp hanya guru2 yg mengjar di sjk je tau pasal bab2 ni..

    ReplyDelete
  3. nice entry. perpaduan itu penting. saling hormat menghormati. :) kita kena didik drp rebung

    ReplyDelete
  4. Ak penah dapat hadiah white champange dri budak masa hari guru...huhu

    ReplyDelete
  5. Ak penah dapat hadiah white champange dri budak masa hari guru...huhu

    ReplyDelete
  6. assalam, betul tu...pernah ada pengalaman yang sama.

    ReplyDelete
  7. Penerapan menghormati bangsa asing agak kurang di SJK (maafkan kakak). Betul senario ini amat jelas dik. Kakak nampak mereka yg berbangsa asing (bukan melayu) kalau asal SJK dengan SK tak sama bila sudah berada di alam pekerjaan. Penampilan dan cara bercakap pun tak sama bila sudah bekerja..

    ReplyDelete
  8. w.pn secebis kisah kecil ttp punya byk nilai yg perlu kita perbetulkan...
    masa akak sk dulu dlm 1 kelas ada 15 org pelajar cina(5sc1)...Alhamdulillah mrk amat2 menghormati rakan2 Islam dan kami mampu belajar bersama, bila dngar azan mrk turut diam membisu n lebih manis smpai skrg kami masih brkwn n brinteraksi dlm dialek kelantan mcm dulu2....

    ReplyDelete
  9. rasa tersentuh bila baca artikel ni. Saya pun berusaha cuba terapkan murid -murid supaya tidak bersikap perkauman,harap usaha yang sedikit ini dapat memberi kesan kepada mereka.

    ReplyDelete
  10. rasa tersentuh bila baca artikel ni. Saya pun berusaha cuba terapkan murid -murid supaya tidak bersikap perkauman,harap usaha yang sedikit ini dapat memberi kesan kepada mereka.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi memberikan pendapat,nasihat dan kritikan, moga dirahmati-NYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...